Pasukan kesleamatan mengawal pejabat FSB selepas serangan senjata berlaku hingga mengakibatkan seorang terbunuh. foto Agensi

MOSCOW – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan lima lagi cedera dalam tembakan di ibu pejabat Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) Rusia di sini.

Suspek, seorang lelaki didakwa melepaskan tembakan dengan senjata automatik di pintu depan bangunan terbabit menyebabkan seorang pegawai maut.

Agensi berita Interfax berkata, pasukan keselamatan telah mengepung lalauan berkenaan dan memindahkan orang ramai di bangunan tersebut.

Tembakan itu dilepaskan beberapa jam selepas Presiden Vladimir Putin mengadakan sidang media.

Setakat ini punca tembakan yang berlaku pada pukul 6 petang itu masih belum diketahui.

FSB menafikan laporan terdahulu yang mendakwa terdapat tiga lelaki bersenjata dalam serangan ke atas ibu pejabatnya.

Laporan yang tidak disahkan itu berkata, dua orang terbunuh di lobi manakala yang individu ketiga melarikan diri ke bangunan berdekatan, yang mana dia kemudian dibunuh dalam tembak menembak dengan polis.

Antara yang cedera adalah dua pegawai yang cedera parah, Kementerian Kesihatan memberitahu media Rusia.

Tidak lama selepas itu, agensi perisikan itu sendiri mengesahkan hanya seorang pegawai FSB yang terbunuh- walaupun tidak jelas jika dia adalah salah satu daripada dua dilaporkan cedera dalam laporan terdahulu.

Pihak berkuasa Rusia telah membuka prosiding percubaan membunuh pegawai penguatkuasa undang-undang.

Mereka juga meneliti sama ada serangan itu telah ditetapkan secara kebetulan dengan sidang media empat jam oleh Putin, yang berakhir pada waktu petang. – MalaysiaGazette