Ir. Khairil Nizam Khirudin

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas menggesa Dong Zong diharamkan di Malaysia kerana pertubuhan ini tiada fungsinya, selain memecah-belahkan perpaduan rakyat dan menyemai sikap anti-nasional dalam kalangan masyarakat Cina.

Selagi pertubuhan ini masih bertapak, perpaduan kaum akan terus digugat.

Ini telah dibuktikan melalui sejarah penentangan mereka kepada polisi-polisi kerajaan yang bersifat nasional dan membentuk perpaduan.

Malah, Dewan Pemuda Pas itu turut mengajak seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum agar mengecam pertubuhan pelampau Dong Zong dan tidak menyertai, menyokong serta menyebarkan ideologi melampau mereka.

Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, pertubuhan yang anti-nasional ini harus ditolak oleh seluruh masyarakat demi memastikan keamanan dan keharmonian negara.

Menurutnya, Dewan Pemuda Pas mengecam sekeras-kerasnya kebiadaban Dong Zong yang mahu meneruskan demonstrasi bantahan tulisan Khat dan Jawi pada 28 Disember ini.

“DPPM dengan tegas menyatakan bahawa Dong Zong adalah sebuah pertubuhan yang biadab, pencetus kekacauan serta pemecah-belah rakyat Malaysia!

“Setelah berbagai pihak, malah kerajaan sendiri menegaskan himpunan tersebut bakal mencetuskan kekacauan, mereka masih bersikap keras kepala, ego dan ingin meneruskan perancangan jahat mereka. Tiada kata-kata lain selain dari perkataan biadab yang sesuai untuk mereka.

“Atas kebiadaban pertubuhan pelampau Dong Zong ini serta kedegilan mereka, DPPM menggesa pertubuhan ini agar diharamkan terus dari Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini.,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, Dewan Pemuda Pas juga menggesa Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri supaya mengambil langkah drastik agar perhimpunan bantahan pelampau Dong Zong yang dijadualkan pada 28 Disember ini gagal dijalankan dan tidak diteruskan.

Sekiranya ia berlangsung, DPPM percaya akan ada satu lagi demonstrasi balas dan sudah pasti ia akan mencetuskan perpecahan, malah boleh menjangkau ke rusuhan kaum jika tidak dibendung. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Pak Tam Mahyudin KDN tak nak komen ke? Bukankah hari itu Pak Tam Mahyudin risau akan ideologi komunis? Mana KPN ah tok hamed Bador bekas kepala SB tu? Tak nak komen ke, saja tanya…

Comments are closed.