Tun Faisal Ismail Aziz
Tun Faisal Ismail Aziz

KUALA LUMPUR – Tun Daim Zainuddin harus mengaku masalah yang dihadapi di negara ini berpunca daripada kelemahan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, negara kini mempunyai perdana menteri dan barisan menteri yang gagal.

“PM yang gagal, tiada idea, kuat lupa, asyik tak tau apa-apa, asyik terkejut, pemikiran 20 tahun ke belakang, hanya tau nak bermain politik kotor dan menganiaya orang lain, serta kuat makan angin sana-sini buat kerja berfaedah.

“Penasihat-penasihat yang pandai sembang tapi tak tahu selesaikan masalah macam kau sendiri Daim, Council Elders, Mohamad Khalid (Dr Muhammed Abdul Khalid – Penasihat Ekonomi PM),” tambahnya dalam hantaran di media sosialnya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Daim yang mahu kerajaan fokus kepada empat isu utama yang sedang membelenggu rakyat ketika ini iaitu berkaitan ekonomi, kos sara hidup, perumahan dan pekerjaan.

Menurut Tun Faisal lagi, barisan menteri PH yang tidak berkaliber dan berkebolehan serta mungkir janji sendiri apabila bebas membuat lantikan politik.

“Menteri-menteri kabinet yang bodoh-bodoh belaka dan tidak pandai buat kerja, kuat semburit, guna sijil palsu pulak tu.

“Lantikan-lantikan politik yang langsung tak de kaliber, cucu pun dilantik jaga PNB (Permodalan Nasional Berhad), mana ASB (Amanah Saham Bumiputera) tak melingkup.

“Penyokong-penyokong pakatan yang jahil-jahil belaka,” katanya.- MalaysiaGazette