Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador hadir pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi dan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 23 DISEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Polis akan menjejaki dan mendapatkan maklumat tepat mengenai lokasi dan masa insiden mencabul yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa Muhammed Yusof Rawther.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihsaknya masih lagi menjalankan siasatan terdapa kes tersebut.

“Sebab ketika ini polis masih siasat lagi mengenainya kerana ada situasi di mana jika ada kata A seorang lagi pula cakap B. jadi polis akan cuba siasat dan menentukan mana dan bila (kejadian berlaku),” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi Perkep Jabatan Logistik dan Teknologi Serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti yang turut dihadiri Pengerusi Perkep, Puan Sri Norazrin Marzuki.

Ditanya mengenai ujian poligrafi Yusoff Rawther yang merupakan bekas Penolong Penyelidik Anwar, Abdul Hamid berkata, ujian tersebut tidak diterima pakai dalam kes mahkamah.

“Ia (ujian poligrafi) hanya digunakan oleh pasukan siasatan membantu meyakinkan pasukan siasatan orang itu cakap benar ataupun tidak.

“Kalau didapati dia bercakap benar mengikut ujian poligrafi itu, kita akan gandakan usaha kita aspek mana yang kita, polis, lemah maklumat.

“Sebab kita percaya dia cakap betul katanya , setakat ini bukti tidak ada. Tapi kita akan siasat dan cari sudut mana dan bukti sebelah mana seterusnya akan berusaha lebih gigih utuk kita dapatkan,” ujarnya. – MalaysiaGazette