BERLIN – Pengeluar kereta BMW AG memaklumkan syarikat itu sedang disiasat oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (SEC) Amerika Syarikat (AS), susulan laporan yang mengaitkan amalan jualan olehnya.

“Kami boleh mengesahkan bahawa kami telah dihubungi oleh SEC dan kami akan bekerjasama sepenuhnya dalam siasatan,” kata seorang jurucakap BMW yang enggan mengulas lanjut.

Wall Street Journal sebelum ini yang memetik sumber sebagai berkata, melaporkan SEC sedang meneliti amalan jualan BMW. – MalaysiaGazette