Giuseppe Iachini

MILAN – Kelab Fiorentina melantik Giuseppe Iachini, sebagai ketua jurulatih yang baharu menggantikan Vincenzo Montella.

Perkara itu diumumkan kelab Serie A itu awal pagi tadi berikutan pemecatan Montella Sabtu lalu.

Iachini, 55, sudah mengendalikan empat kelab di Serie B hingga melonjakkan mereka namun belum mengetuai kelab gergasi Serie A.

“Ranking pasukan ketika ini memaksa kami menukar jurulatih,” kata pemilik Fiorentina Rocco Commisso.

“Kami memilih Iachini kerana beliau seorang yang mempunyai visi, terikat kepada Florence dan Fiorentina.

“Kini kami perlu berusaha keras untuk kembali ke landasan tepat secepat mungkin,” kata pemilik kelab, Rocco Commisso.

Bekas pemain tengah Fiorentina Iachini beraksi sebanyak 127 kali bersama kelab Tuscanya dari 1989 hingga 1994.

Sejak bergelar jurulatih pada 2002, beliau mengendalikan beberapa pasukan termasuk Sampdoria, Palermo, Sassuolo dan Udinese.

Beliau tidak mengendalikan sebarang kelab sejak dipecat Empoli Mac lalu, selepas empat bulan mengendalikan kelab itu.

Pada 2008, Iachini membantu Chievo mendaki ke Serie A, Brescia (2010), Sampdoria (2012) dan Palermo (2014) serta mengendalikan Venezia, Cesena, Vicenza, Piacenza, Siena, Udinese dan Sassuolo. – MalaysiaGazette