Dr. Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Kenapa dalam kes Najib, Mufti Wilayah Persekutuan lain nada berbanding kes Azmin?

Itu persoalan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi kepada Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al Bakri.

“Dalam kes video Azmin (Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali) Mufti Wilayah menyatakan kegusarannya sedangkan video seks songsang yang tular  itu menggugat umat Islam di Malaysia.

“Dia lantas menulis empat artikel (Bayan Linnas) sebagai panduan antaranya “Peristiwa Al Ifki (fitnah terhadap A’ishah): Pengajaran Menghadapi Fitnah Semasa”.

“Azmin terasa Mufti Wilayah membelanya berdasarkan surat mufti Azmin langsung tidak membuat laporan polis, saman atau bersumpah.

“Sebaliknya dalam kes Najib, Dr Zulkifli mempersoalkan tindakan berani Najib bersumpah di masjid,” katanya dalam hantarannya di Facebook hari ini.

Menurut Puad, Mufti Wilayah berkata, mubahalah dalam kategori sumpah dan tidak perlu kalau kes masih berjalan di mahkamah.

“Soalnya kes pembunuhan Al tantuya (Shariibuu) sudah dihakimi. Azilah (Hadri) bersalah dan dihukum gantung,” katanya.

Malah, menurutnya, Najib sendiri telah meminta pegawainya membuat laporan polis tahun lepas apabila fitnah ini terus disensasikan.

Beliau juga hairan kenapa Zulkifli tidak kisah pula dengan dakwaan seorang ahli perniagaan, Deepak yang menuduh Altantuya mengandung anak Najib ketika dibunuh.

“Apakah Dr Zulkifli tidak gusar dengan fitnah dashyat ini,” cetusnya.

Apa pun, kata Puad, pandangan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman lebih bijaksana kerana berpendapat tidak salah Najib bersumpah kalau dia tidak ada pilihan lain.

“Tepat, Najib tidak ada pilihan lain. Dia diasak dengan puluhan tuduhan dan ada kes berjalan serentak.

“Dalam keadaan rule of law tidak dihormati, dapatkan Najib bersumpah di mahkamah seperti yang dicadangkan oleh Zulkifli.

“Najib sudah tentu berbesar hati dan berani bersumpah di mahkamah jika Dr Zulkifli boleh mengaturkannya,” ujarnya lagi.

Sebab itu, katanya, sumpah bukan isunya tapi fitnah Najib membunuh itu perbuatan yg patut dikutuk.

Apakah Dr Zulkifli setuju dengan tindakan Azilah bersumpah melalui SD menuduh Najib mengarahkannya membunuh Altantuya. Sebaliknya tidak setuju Najib menafikannya secara sumpah lisan?” soalnya.- MalaysiaGazette

10 Komen

  1. MUFTI PON DAH JADI LIDAH ORANG POLITIK..MACAM MANA KEPALA,ITULAH EKOR.
    GAJI D BAYAR UNTUK JADI PENJUAL POLITIK,WALAU KERAJAAN SALAH,MUFTI AKAN DIAM ATAU PERTAHANKAN,SEBIJIK MACAM ZAMAN 22 TAWON DULU.DAN SEKARANG JANGAN HAIRAN LA JIKA BERULANG LAGI..
    BILA DAJJAL AGAMA MEMERINTAH,YANG LAIN TUNDUK N ANGGUK SAJA.AGAMA ISLAM,KEBENARAN D BALIK FITNAH AKAN DI TOLAK KE TEPI,YANG PENTING TAK HILANG JAWATAN,PANGKAT N GAJI..
    JIKA SALAH MEMBUAT SUMPAH,TENTU DAH LAMA KERAJAAN ARAB SAUDI HARAMKAN ORG BERSUMPAH DEPAN KAABAH..AKU TAK MAHU HINA MUFTI,TAPI MUFTI SENDIRI YG HINAKAN DIRI SENDIRI,AGAMA ISLAM N KEBENARAN KERANA LEBIH TAKUT MAKHLUK TUA PM TU DARI TAKUT PADA ALLAH..TAKUT HILANG JAWATAN SERTA PANGKAT..‍♂️‍♂️‍♂️

  2. Salam. Benarkan MOPti ni mahu menegakkan kebenaran di sisi Islam? Jika benar mengapa boleh main pilih2 isu dan tidak pula mematuhi SOP secara profesional. Jika Najib sbg Umat Islam dilarang melakukan sumpah mubahalah di masjid atas alasan mempolitikkan isu, bagaimana pula kaum puak kafir harbi yg terkinja2 berpolitik di masjid tidak disentuh oleh pihak MOPti? Soalnya, kafir2 harbi bukan yg pertama kali melakukannya, malah berulang2 kali dan MOPti boleh pula tutup mata, mulut dan telinga. Ingatlah bahawa seksa pemimpin, termasuk pemimpin agama yg tidak berlaku adil, sangat berat termasuk seksa kubur dan seksa Neraka. Dan jangan lupa juga peringatan2 bahawa ulama suk yg takut kpd kafir harbi daripada Allah Azawajalla itu sangat dimurkai oleh Yang Khalik! Satu lagi yg perlu disedari ialah sepanjang kejadian2 kafir harbi komunis-teroris D4P-LTTE dan talibarut2nya memperlekeh dan menghina Islam dan umatnya, ada ke kita lihat MOPti ini ke depan utk membela agama suci kita dgn beraninya? Ada? Macam ada yg tak kena aja? Renung2kanlah. Wassallam.

    • Mufti ni semua atas nama jawatan,pangkat n gaji sahaja..bukan takut Allah,tapi takut pada Mahathir.Sedangkan mereka berkhidmat penasihat untuk sultan,raja,agong,tapi mereka lebih takut madey laknat tu..dengan mujahid taik pon tak berani nak kata apa..paling kuat,diam wat tak dengar..
      Biar la mereka mufti ni menjadi lidah rasmi kerajaan PH,kita dengar saja.Sebab secara tak lansung mereka juga mula penunggang agama n berlidah politik..

  3. Mufti ni semua atas nama jawatan,pangkat n gaji sahaja..bukan takut Allah,tapi takut pada Mahathir.Sedangkan mereka berkhidmat penasihat untuk sultan,raja,agong,tapi mereka lebih takut madey laknat tu..dengan mujahid taik pon tak berani nak kata apa..paling kuat,diam wat tak dengar..
    Biar la mereka mufti ni menjadi lidah rasmi kerajaan PH,kita dengar saja.Sebab secara tak lansung mereka juga mula menjadi penunggang agama n bersifat lidah org politik..

  4. Bro, hukum tetap hukum dan pandangan Mufti berdasarkan hukum Islam.
    Kes zina, liwat dan berita mengenainya adalah dlm qazaf jika tanpa 4 saksi dan penyebaran berita termasuk dlm qazaf.
    Berbanding dgn sumpah, dimana ianya adalah tindakan individu yg suka2 menggunakan institusi terbesar umat Islam iaitu masjid sebagai medan ‘penyucian diri’ sedangkan kes mereka sedang diadili dan disemak. Jadi tindakan segera Mufti bagi mengelakkan perbuatan sumpah dan masjid menjadi ‘budaya’ orang Melayu haruslah disokong sepenuhnya.
    Tambahan pula, sumpah laknat hanya terpakai dlm kes suami isteri yg saling tuduh menuduh.
    Ahli politik perlu memisahkan antara ‘fahaman’ politik mereka dgn Islam dan amalannya. Sebab politik dan penganut ideologi politik adalah pihak yg merosakkan kemulian Islam dan memesongkan kefahaman manusia terhadap kesyumulan dan kesucian Islam.
    Sudah2lah berpolitik dan perpada2lah.

    • Sedara, sblm najib bersumpah tu, brp hr dia dok war-warkan..tok mufti xberasa nk menegur lak masa tu?..mcm mn dgn crita-crita kes altantuya nih yg blom tentu sahih berleluasa dihebahkan..tok mufti xberasa nk menegur?..ya, xkisahla cara xkena ka, masa xkena ka, tempat xkena ka..dia yakin dia xbersalah..sapa lg nk membela dia, klu bkn diri dia sendiri?..keluar ja SD tu, meloncat mcm monyet sesetengah org..maknanya SD yg dicop persuruhjaya sumpah lg laku dr bersumpah dgn nm Allah yer.

  5. Nampak sangat mufti berat sebelah..kalau sblh PH yg buat dia tutup mata.contoh Siti Kasim menghina agama,.Marina sokong lgbt ,Dap beri ceramah dlm mesjid dan yg terbaru sokong Azmin walaupun terangan ada dlm video..kerana PM sendiri menafikn ..Mufti kna ikut perintah. Najib bersumpah utk bersihkn nama dia kerana fitnah melampau..Azmin kalau berani kenapa tak suruh bersumpah…report polis pun Azmin tak berani nak buat.ini kan nak bersumpah ,sama juga dgn Anuar Ibrahim…fikir2kan lan wahai Mufti..jgn sampai bala menimpa kita semua.

  6. adakah najib difitnah. atau najib yang memfitnah. bicarakan dahulu atau sebaik mungkin lakukan rci siapa sebenarnya melakukan fitnah

Comments are closed.