Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Puan Mastura Mohd Khalid (kiri) menyerahkan 'mokeup tajaan' bernilai RM15,000 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak (kanan) pada Majlis Penyerahan Tajaan dari PTPTN sempena Cabaran Memancing Media 2019 anjuran Malaysia Gazette di Menara PTPTN, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 24 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Cabaran Memancing Media anjuran MalaysiaGazette yang bakal berlangsung pada Sabtu ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

PTPTN menyumbang hadiah bagi pemenang tempat pertama hingga ke-10 berupa pembukaan atau penambahan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Juara akan mendapat RM1,000, tempat kedua RM750 dan ketiga RM350.

Manakala peserta yang mendapat tempat keempat hingga ke-10 bakal menerima RM100 setiap seorang.

Cabaran Memancing Media itu akan bermula jam 8 pagi, bakal menyaksikan kira-kira 100 pengamal media mempertaruhkan kemahiran masing-masing di Kolam Ikan Air Masin Kampung Delek Fishing Park, Klang.

Setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM100.

Acara julung-julung kali diadakan ini turut dimeriahkan dengan cabutan nombor bertuah.

Borang penyertaan boleh didapati di pautan berikut: https://forms.gle/TLUnfdW9nur9ihTN7. – MalaysiaGazette