Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR – Tan Sri Shahrir Samad mempersoalkan tindakan Fuziah Salleh yang mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri Pahang mengarahkan 60 pekebun sayur di Cameron Highlands mengosongkan ladang yang diteroka secara haram hingga mengakibatkan pencemaran kepada kawasan tadahan air.

Veteran UMNO itu berkata, sepatutnya Ahli Parlimen Kuantan ini menyokong tindakan tersebut, kalau beliau bukan seorang hipokrit berpura-pura menyokong isu-isu kelestarian alam semata-mata kerana politik.

Lantaran itu, Shahrir menyifatkan Fuziah seorang yang bersikap fleksibel berhubung isu alam sekitar.

Ini kerana semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 dan 14, Fuziah lantang menentang isu Lynas demi kelestarian alam.

“Berbagai tohmahan dibuat terhadap Lynas tapi sehingga hari ini, walaupun Pakatan Harapan (P)H sudah jadi kerajaan, Lynas tetap kekal di Pahang. Lynas kekal dan Fuziah juga kekal. Mungkin di PRU15, dia akan timbulkan lagi isu Lynas.

“Sekarang dia bantah tindakan menutup kebun-kebun haram di kawasan tadahan air di Cameron Highlands. Bukankah pemeliharaan kawasan tadahan air itu suatu amalan terbaik demi kelestarian alam?,” sindir Shahrir.

Artikel berkaitan: Kenapa Fuziah tak salahkan TPM?

Walaupun kawasan tadahan, Pahang perlu berunding – Fuziah

Bagaimanapun, Shahrir meminta Menteri Besar Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail meneruskan usaha memelihara kawasan tadahan air.

Katanya,  Kerajaan Pahang mengambil tindakan bukan kerana NGO, Fuziah atau Wong Tak tetapi demi rakyat. Tahniah!,” ujarnya.

Wong Tak adalah Ahli Parlimen Bentong yang juga cukup lantang menentang kilang nadir bumi, Lynas semasa pemerintahan Barisan Nasional.

Shahrir menambah, pada masa ini, negara hanya mengutamakan bekalan air yang sudah dirawat kepada pengguna dan ia perlu diperluaskan kepada pemeliharaan dan penjagaan kawasan tadahan air supaya sungai turut terjaga.

“Kawasan tadahan air dan sungai yang mengalir darinya adalah sumber air mentah iaitu bekalan untuk dirawat bagi keperluan rakyat.

“Jadi, apa yang telah dilakukan di Cameron Highlands untuk memelihara kawasan tadahan patut diluaskan keseluruhan kawasan-kawasan tadahan air di negara ini. Jangan kita berkompromi.

“Fuziah tak tahu malu ke? Asyik berpolitik dan berpura-pura cinta alam sekitar,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bangkang hanya utk kepentingan politik, yg ambil tindakan tu kerajaan negeri pahang – BN, jika yg ambil tindakan tu kerajaan PH maka bisu tk keluar suara laa..

Comments are closed.