Sebahagian ahli NGO yang hadir bagi membuat laporan polis terhadap Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) berhubung tulisan Jawi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 25 DISEMBER 2019

KAJANG – Pengeluar-pengeluar produk bukan keluaran bumiputera dan Islam perlu diberi amaran agar tidak lagi menggunakan tulisan Jawi pada semua produk-produk mereka yang terdapat di pasaran.

Malah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut digesa supaya bertindak tegas mengharamkan penggunaan tulisan Jawi oleh pihak terbabit.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Prasarana Kempen Beli Produk Muslim di bawah Gabungan NGO Islam Malaysia (Pembela), Mohd Nor Izzat Mohd Johari.

Beliau berkata, langkah itu adalah susulan daripada tindakan Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang membantah pembelajaran tulisan tersebut di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil.

“Tarik semula produk-produk daripada orang bukan Islam dan jangan benarkan mereka menggunakan tulisan Jawi jika Dong Zong masih wujud di tanah Malaysia ini,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis terhadap Dong Zong di IPD Kajang bersama 40 NGO Gerakan Melayu Islam hari ini.

Mohd Nor Izzat berkata, penggunaan tulisan Jawi pada masa ini oleh pengeluar produk bukan Muslim telah mengelirukan pengguna dalam kalangan orang Islam yang tertipu dengan tulisan tersebut sebagimana tertera dalam produk yang dipasarkan.

Katanya, Gerakan Melayu Muslim mahu agar cara yang digunakan oleh pengeluar produk bukan Islam ini dihapuskan kerana mereka telah mencemarkan imej orang Melayu dan Islam menerusi bantahan terhadap tulisan Jawi.

Mohd Nor Izzat Mohd Johari

Terdahulu, beliau bersama 40 wakil daripada NGO Gerakan Islam Melayu membuat laporan terhadap Dong Zong berhubung hasrat NGO itu yang mahu mengadakan persidangan pertubuhan Cina yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini.

Difahamkan, laporan sama turut dibuat oleh NGO-NGO Islam Melayu di seluruh negara berhubung perkara sama.

Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang secara gabungannya dikenali Dong Jiao Zong akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada Sabtu ini bagi membantah penerapan pengenalan tulisan Jawi dalam subjek teras iaitu Bahasa Melayu sekolah vernakular.

Pertubuhan berkenaan bagaimanapun dilaporkan mengalakkan supaya pengenalan tulisan Jawi dijalankan dalam bentuk aktiviti kokurikulum.

Dong Jiao Zong tuurt mendakwa himpunan yang akan dianjurkan nanti adalah untuk menjaga kedaulatan pihak lembaga sekolah vernakular. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Terbaik kepada orang Islam beli hanya pproduct keluarran melayu dan tulisan jawi dicetak diatas bungkusan product bukan melayu wajib dihapuskan kerana mengelirukan melayu tentang halal haram product tersebut.Mereka wajib diajar supaya memahami kita orang melayu yg memang berasal dari gugusan kepulauan melayu yg banyak bekorban untuk bangsa pendatang saperti mereka.Tunku Abdul Rahman telah melepaskan Singapore kepada mereka dan kerana mereka menang berkongsi kuasa dlm PRU14 mereka sudah besar kepala..Pulaukan product CINA dan India bukan Islam diMalaysia ini.Allahuakbar.

  2. restoren hindu di pucung tu menggantung ayat quran dalam kedainya untok tarik pelanggan islam patut diambil tindakan.

Comments are closed.