David Wayne Oliver

DENVER – Seorang lelaki berjanggut putih ditahan kerana didakwa merompak bank Colorado dan kemudian membuang wang tunai itu ke udara sambil menjerit “Merry Christmas’ kepada orang ramai.

David Wayne Oliver, 65, ditangkap di kedai kopi Starbucks selepas dia merompak Academy Bank di Colorado Springs, menurut laporan polis.

Polis berkata, suspek dikatakan mengancam menggunakan senjata dan meninggalkan bank dengan jumlah wang yang tidak didedahkan.

Stesen televisyen Colorado Springs KKTV melaporkan seorang saksi, Dion Pascale menceritakan Oliver melangkah keluar dari bank berkenaan dan melemparkan wang “di seluruh tempat.”

“Dia mula membuang wang dari beg” sebelum menjerit, “Merry Christmas,” stesen televisyen memetik Pascale sebagai berkata.

Pascale berkata, orang ramai yang mengambil wang itu telah mengembalikannya ke bank ketika Oliver berjalan ke Starbucks.

Dia duduk di sana dalam keadaan sedang menunggu polis menahannya.

Polis berkata, jumlah sebenar wang diambil masih belum diketahui tetapi tidak ada petunjuk Oliver menggunakan senjata dalam kejadian tersebut.

Oliver kini ditahan di Penjara El Paso. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast