Dr. Rais Yatim

KUALA LUMPUR – Veteran politik, Tan Sri Dr. Rais Yatim mahu tindakan paling tegas menyusul ke atas Dong Jiau Zong dalam isu pertikaian tulisan seni khat Jawi di sekolah Vernakular oleh kerajaan.

Pengerusi Parti Pribumi Negeri Sembilan itu berkata tindakan biadap Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia ituĀ  jelas mengkhianati kepentingan warisan.

Dalam ciapan di laman Twitterbaru baru ini, Rais menggesa Menteri Pendidikan mencari jalan terbaik untuk memberi pengajaran kepada mereka menafikan kepentingan pengajaran warisan.

“Ambil tindakan ke atas Dong Zong yang mengkhianati kepentingan warisan.Menteri Pendidikan cari jalan ajar mereka yang bacul dan buta tuli terhadap pengajaran warisan,”katanya.

Reaksi bekas Menteri Kabinet itu menyusul selepas Dong Zong bertegas mahu meneruskan penganjuran persidangan khas mereka walaupun diberi nasihat dan peringatan dalam krisis pertikaian tulisan seni khat Jawi dalam buku teks Bahasa Melayu tahun empat.

Ia juga disusuli arahan Mahkamah yang membenarkan kerajaan membenarkan pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah.

Kementerian Pendidikan bagaimanapun berkata ia hanya dilaksanakan atas budi bicara Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah masing masing mengikut kemahuan dan kerelaan tanpa paksaan.

Bagaimanapun Dong Zong tetap terus membantah konsep berkenaan dan berdegil utnuk melaksanakan persidangan khas untuk membincangkannya walaupun menyatakan kesediaan berdialog dengan KPM selepas menerima nasihat Anwar Ibrahim.

Rais terus membidas sikap kebiadapan Dong Zong itu dan mahu NGO seperti itu perlu dibatalkan pendaftaran daripada Akta Pertubuhan.

“NGO khianat seperti ini tidak perlu dibiarkan wuud di bawah Akta Pertubuhan 1966,” tegas beliau.

Bagaimanapun seorang individu pemilik akaun Twitter bernama aruna@imfsea pula memberi reaksi kepada kenyataan tersebut.

“Tindakan apa Dr.Rais Yatim? Di negara ini yang bebas dan demokrasi rakyat tak ada hak nak bantah sesuatu yang mereka tak suka dan dipaksa buat?

“Malaysia sebuah negara demokrasi, ia bukan negara diktator dan harap kamu faham ini,” dakwanya.

Individu sama menambah komen terhadap kenyataan Rais bahawa:” Tan Sri ini andaian saya kenapa bukan Melayu tidak gembira dengan pengenalan khat Jawi.

“Pertamanya ia (tulisan Jawi) dirasakan dikaitkan dengan Islam kerana ia adalah skrip Arab.

“Tambahan pula wujud ketakutan bahawa skrip tulisan seni Jawi cara halus menyebarkan Islam dalam kalangan pelajar bukan Islam.

“Malah mereka juga bimbang sebarang penyalahgunaan khat Jawi akan menjadi penghinaan kepada Islam, maka bagaimana kerajaan boleh memujuk dan meyakinkan bukan Islam bahawa tulisan Khat Jawi bukan seperti yang ditakutkan mereka,” dakwanya.

Pada 21 Disember lalu, Rais Yatim juga dalam perkara yang sama menjelaskan jik Tun Tan Siew Sin atau Tun Tan Cheng Lock masih hidup, gelagat sombong DongĀ  Zong untuk berhimpun menentang tulisan Jawi diajar di skeolah tertentu tidak akan diteruskan.

“Ini kerana mereka faham akan keindahan warisan Melayu.

“Mereka tahu Jawi tidak boleh dipisahkan dari jiwa negara ini walaupun diadakan beribu perhimpunan sekalipun,” ujarnya.

Pemimpin veteran itu juga pernah sebelum ini mengingatkan Dong Zong mempertimbangkan semula usaha dan pendirian mereka untuk mengaktifkan gerakan Himpunan Anti Jawi yang dirancangkan pada 28 Disember ini.

Beliau juga menasihati Dong Zong supaya mempertimbangkan dan mengimbas kembali sejarah negara.

“Pertimbangkanlah warisan dan kebudayaan kita..kamu bukan apa yang diri kamu hari ini tanpa kolektif kita untuk bersama dan bersatu padu. Warganegara Malaysia yang baik harus mempelajari Mandarin dan Tamil.

“Harap kamu masih memperingati budinya,” bidas beliau. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ini la akibat nye apa bila berkje sama gn dap kominis..mula2 nye elok shj.apa bila dh dpt kuasa.skrg ph dh terima padah nye..

Comments are closed.