Kerosakan yang berlaku disebabkan oleh Taufan Phanfone. foto Agensi

MANILA – Taufan Phanfone yang melanda Filipina mengorbankan 13 orang mangsa di Iloilo dan Capiz dan ramai lagi penduduk dilaporkan hilang.

Dengan kelajuan angin 190 kilometer sejam, taufan ini tiba pada malam Selasa dan berterusan pada hari Rabu, memusnahkan kediaman dan bekalan elektrik.

Beribu-ribu penduduk terkandas ketika mahu pulang ke rumah masing-masing bagi menyambut Krismas.

Taufan Phanfone melanda kawasan-kawasan yang mengalami Taufan Haiyan – bencana alam paling dahsyat yang pernah berlaku di Filipina pada tahun 2013, mengorbankan 6,000 mangs

Lebih 58,000 penduduk diselamatkan dan kira-kira 15,000 orang terkandas di pelabuhan selepas perkhidmatan feri digantung.

Operasi menyelamat hanya boleh dilakukan pada hari ini.

Satu keluarga dilaporkan maut selepas dibawa banjir ketika cuba menyelamatkan diri ke tempat tinggi.

Seramai 12 orang dilaporkan hilang di wilayah Iloilo.

Bulan Sabit Merah Filipina berkata, ramai penduduk kehilangan kediaman dan memerlukan makanan.

Bekalan air bersih dan elektrik terjejas di kebanyakan kawsan dan dijangka mengambil masa berminggu untuk memulihkannya.

Pulau pelancongan popular, Boracay dan lapangan terbang Kalibo mengalami kerosakan teruk.

Bandar Tacloban juga terjejas akibat angin kencang. – MalaysiaGazette