LOS ANGELES – Seorang kanak-kanak perempuan disahkan meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles selepas beliau diserang sakit jatung ketika berada dalam pesawat yang menuju ke Seattle, kata satu laporan.

Pesawat Delta Air Lines masih berada di ruang angkasa Los Angeles ketika kejadian itu dan ia berpatah balik untuk melakukan pendaratan kecemasan dengan pasukan paramedik sedia menunggu, lapor rangkaian ABC 7.

Pasukan paramedik itu cuba untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak tersebut, yang dipercayai berusia 10 tahun, namun tidak berjaya.

.Rangkaian NBC Los Angeles melaporkan kanak-kanak itu disifatkan berada dalam keadaan ‘di luar bantuan perubatan’.

Beliau disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Pasukan paramedik LAFD (Jabatan Bomba Los Angeles) melakukan bantuan perubatan untuk seorang kanak-kanak perempuan untuk menyelamatkan nyawanya.

“Malangnya, semua usaha tidak berhasil dan kanak-kanak itu berada dalam keadaan di luar bantuan perubatan,” katanya dalam kenyataan. – Agensi