Kompleks Mahkamah Kajang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 22 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Mahkamah Kajang memutuskan perintah larangan dikenakan ke atas penganjuran persidangan oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) bagi mengelakkan suatu perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia atau rusuhan atau gaduh gempar jika diadakan.

Perintah larangan itu amat diperlukan dan dikeluarkan secara ex-parte dengan segera atas kesuntukan masa memandangkan persidangan tersebut akan diadakan esok.

Selain itu, berdasarkan kepada maklumat terkini yang diperoleh oleh pihak pemohon mendapati akan berlaku satu gaduh-gempar/rusuhan akan berlaku sekiranya persidangan tersebut diteruskan.

Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Cina Mempertahankan Hak dan Kuasa Lembaga Pengelola Tidak Setuju Pelaksanaan Tulisan Jawi di SJK yang dijadualkan esok mulai jam 1 petang hingga 3 petang di Dewan Kolej Universiti New Era, Kajang

Oleh itu, Majistret Syahrul Sazly Md Sain mengeluarkan perintah larangan kehadiran di kolej berkenaan, selain amaran dikeluarkan agar tidak berada atau berkumpul atau mengambil apa-apa bahagian dalam persidangan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.