ALMATY – Sebuah pesawat yang membawa 95 penumpang dan lima anak kapal terhempas berhampiran Almaty, Kazakhstan menyababkan sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh, kata pihak berkuasa penerbangan negara Asia Tengah itu, lapor Reuters.

Pesawat tersebut menuju ke ibu negara, Nur-Sultan dahulu dikenali sebagai Astana, ‘hilang ketinggian semasa berlepas dan melanggar pagar konkrit’ sebelum melanggar bangunan kecil, kata Jawatankuasa Penerbangan Awam Kazakhstan dalam satu kenyataan.

“Setakat ini, jumlah kematian ialah tujuh orang,”.

Jawatankuas tersebut dan lapangan terbang Almaty berkata, perkhidmatan kecemasan kini berada di lokasi. – Agensi