Siti Kasim

KUALA LUMPUR – Rentetan perintah mahkamah yang dikeluarkan kepada Dong Zong, peguam Siti Kasim mempersoalkan tindakan polis yang memohon berbuat demikian.

Soalnya, mengapa polis membuat permohonan pada saat-saat akhir sehingga mendapat arahan ex-parte (tanpa ada kehadiran pihak satu lagi).

Siti juga mempersoalkan mengapa Majistret membenarkan permohonan ex-parte memandangkan isu ini bukan baharu pada hari ini.

Beliau juga ingin tahu tentang dua persoalan tersebut kerana arahan (perintah mahkamah) yang dibuat itu menarik kerana bahagian-bahagian dalam Kod Prosedur Jenayah agak biasa kepada beliau.

Namun, menurut beliau, sebelum apa-apa perintah dibenarkan, pihak yang satu lagi mesti dimaklumkan dengan sewajarnya supaya mereka berhak menjawab tuduhan tersebut.

Ini kerana dakwa Siti, mesyuarat tertutup Dong Zong telah dirancang lebih dari seminggu yang lalu.

Jelas sekali, pihak polis mengetahui sepenuhnya tentang perkara ini.

Adakah semua orang tahu tentang perkara ini, soalnya sambil mendakwa ancaman untuk mengganggu mesyuarat tersebut sudah dibuat awal lagi. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.