Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak (tiga kiri) diiringi Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Dasar dan Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid (dua kanan), Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat TNB, Datuk Omar Sidek (tiga kanan), Pengasas HSA Trading Capital Bhd, Datuk Muhamad Riduwan Safrizal (dua kiri) bergambar bersama pemenang pada Program Cabaran Memancing TNB-PTPTN Bersama Media anjuran Malaysia Gazette di Kolam Pancing, Kampung Delek, Klang. foto SYAFIQ AMBAK, 28 DISEMBER 2019

KLANG – Kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berjaya menaikkan ikan kerapu harimau seberat 3.3 kilogram (kg) diisytiharkan sebagai pemenang utama Cabaran Memancing Bersama Media TBN-PTPTN 2019 di Kampung Delek di sini hari ini.

Kejayaan itu membolehkan Mohd. Nur Akran Jamalauddin membawa pulang wang tunai RM1,000 serta Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai RM1,000 selepas menewaskan pemenang tempat kedua dengan perbezaan 0.65 gram.

Mohd. Haniff Salim dari Berita Harian yang menaikkan ikan siakap seberat 2.65 kg pula diumumkan memenangi tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM500, SSPN bernilai RM750 dan cenderahati.

Sementara itu, wakil akhbar Tamil Makkal Osai, Navven Shangkar yang menaikkan ikan kaci seberat 1.95kg memenangi tempat ketiga dan menerima wang tunai RM200, SSPN bernilai RM500 serta cenderahati.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak (tiga kiri) diiringi Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Dasar dan Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid (dua kanan), Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat TNB, Datuk Omar Sidek (tiga kanan), Pengasas HSA Trading Capital Bhd, Datuk Muhamad Riduwan Safrizal (dua kiri) beramah mesra bersama pemenang pada Program Cabaran Memancing TNB-PTPTN Bersama Media anjuran Malaysia Gazette di Kolam Pancing, Kampung Delek, Klang. foto SYAFIQ AMBAK, 28 DISEMBER 2019

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) TNB, Datuk Omar Sidek.

Sebelum itu, pertandingan yang julung kali diadakan itu dirasmikan serta dimulakan oleh Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid dan Ketua Pegawai Eksekutif MalaysiaGazette, Noraini Razak.

Program memancing bersama media itu merupakan kerjasama media dan TNB buat pertama kali selepas program program perlawanan bola sepak dan boling sebelum ini.

Tujuan pertandingan diadakan bagi mengeratkan silaturahim sesama wakil media terutama mereka yang berkongsi minat yang sama.

Program turut diserikan dengan acara cabutan bertuah yang menawarkan dua set televisyen pintar 40 inci.

Selain TNB dan PTPTN sebagai penaja utama, rakan penaja lain yang turut terlibat adalah Bernas, Adabi, Milo, MSM, Bank Islam & Sherwanis Food Industries. – MalaysiaGazette

Sebahagian aksi peserta semasa memancing pada Program Cabaran Memancing TNB-PTPTN Bersama Media anjuran Malaysia Gazette di Kolam Pancing, Kampung Delek, Klang. foto SYAFIQ AMBAK, 28 DISEMBER 2019