Anggota keselamatan melalui kawasan yang terlibat dalam serangan bom di Mogadishu

MOGADISHU – Sekurang-kurangnya 78 terbunuh dan lebih 100 cedera dalam serangan bom kereta yang dilancarkan di sini, semalam, kata pihak berkuasa.

Menurut Pengarah Perkhidmatan Ambulance Aamin, Abdukadir Haji Abdirahman, jumlah kematian semakin meningkat akibat dari serangan berkenaan.

“Jumlah yang terbunuh dalam letupan masih meningkat, kami kini mempunyai 78 orang mayat dan 125 yang tercedera,” katanya lapor AFP.

Sementara itu, pegawai polis, Mohamed Hussein berkata, letupan yang berlaku pada waktu pagi itu menyasarkan pusat kutipan cukai.

“Mereka yang cedera termasuk kanak-kanak dan beberapa orang pelajar universiti yang sedang menaiki bas,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast