Tentera Israel berkawal di sebuah rumah yang dirobohkan di Tebing Barat

BAITULMAQDIS – Israel meroboh dan menyita beratus-ratus kawasan pembinaan Palestin di Tebing Barat yang diduduki sejak Januari lalu, kata Agensi Penyelarasan Kemanusiaan PBB (OCHA).

Sebanyak 617 bangunan dirobohkan dan dirampas pada tahun ini, selain mereka menghalau keluar seramai 898 rakyat Palestin, demikian yang tercatat dalam laporan bertajuk ‘Protection of Civilians’.

Pada masa sama, catatan angka terus meningkat dari 35 peratus kepada 92 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

OCHA menegaskan bahawa, rejim Zionis juga telah mencabut dan memotong kira-kira 2,500 batang pokok serta anak pokok ketika operasi pencerobohan di timur Nablus.

“Pokok-pokok itu adalah sebahagian daripada kawasan rekreasi bagi 14,000 penduduk bandar Beit Furik dan berdekatan kampung Khirbat Tana,” katanya.

Difahamkan, sebelum ini pihak berkuasa Israel telah menghancurkan 29 bangunan rakyat Palestin dan pada masa sama, memaksa pemilik untuk merobohkan perumahan mereka di kawasan C.

Usaha merobohkan bangunan telah mengorbankan 45 orang rakyat Palestin dan merugikan ratusan yang lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.