Muhammad Suhaimi Yahya

KUALA LUMPUR – Meskipun usaha Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) gagal mengadakan himpunan di Kajang semalam namun, hasrat NGO yang mahu membantah pembelajaran tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil itu terus mendapat tentangan pelbagai pihak.

Pertubuhan Amal Nusantara Jaringan Insan (Panji) yang kurang senang dengan langkah Dong Zong itu menyifatkan ia sebagai tidak bernas dan jahiliah kerana mereka bukanlah pakar untuk bercakap tentang tulisan Jawi di Malaysia.

Presidennya, Muhamad Suhaimi Yahya berkata, tindakan Dong Jiao Zong itu telah mencabul hak dan mendiskriminasi tulisan Jawi yang mana telah wujud di Tanah Melayu sejak lebih 1,000 tahun yang lalu.

“Penentangan oleh Dong Jiao Zong ini juga dilihat menjadi satu tindakan provokasi terhadap orang Melayu dan Islam khususnya yang merupakan penduduk majoriti di Malaysia.

“Dan sekiranya ia tidak dibendung dikhuatiri akan mengganggu gugat keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum di Malaysia,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Tambah beliau, adalah sangat tidak wajar Dong Jiao Zong memanggil semua pertubuhan Cina untuk menentang cadangan pengajaran tulisan jawi di SJK kerana usaha itu jelas menunjukkan sikap bercanggah dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang menetapkan kebudayaan Melayu sebagai teras kepada kebudayaan negara serta Islam sebagai unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Justeru, beliau menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk mengukuhkan soladiriti dengan menetapkan pendirian untuk menolak idealogi pemikiran sepertimana yang dibawa oleh Dong Jiao Zong kerana ia ibarat ‘api dalam sekam’ dan sangat tidak sesuai kepada sebuah negara yang bersifat majmuk seperti di Malaysia. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. pertubuhan ini ( DJZ ) sewajarnya diharamkan diNegara ini. dan dibuang kerakyatan pemimpinnya. Juga tutup sekolah Vanucular. kerana DJZ tidak mengikuti perlembagaan Negara yang telah dibuat oleh DATOK NENEK MOYANG mereka semasa mereka hendak diberi kerakyataan dengan belas iksan RAJA2 dan RAKYAT BUMIPUTERA dalam Negara ini. kalau mereka ingkar nyahkan mereka mengikut perjanjian KONTRAK SOSIL. Haramjadah, Sial punya bangsa tak beradap diberi sedikit nak banyak lagi. merambus keluar wahai bangsa biadap dan tidak bersopan santun

Comments are closed.