Kelihatan pelancong tertarik dengan keunikan hiasan River of Life ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 JANUARI 2019

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan pelaksanaan Electronic Travel Registration and information (eNTRI) bagi pelawat dari China mash tertakluk kepada peraturan, prosedur dan kawalan imigresen sedia ada di pintu masuk negara

eNTRI merupakan kemudahan tanpa visa bagi pelawat dari China yang kemudiannya diperluaskan kepada pelancong India untuk memasuki Malaysia atas tujuan melancong atau lawatan sosial bagi tempoh 15 hari.

Menurut kenyataan KDN, objektif utama pelaksanaan eNTRI adalah untuk mengukuhkan industri pelancongan dengan memberi kemudahan tanpa visa kepada pelancong yang ingin melawat Malaysia.

“Inisiatif ini telah diumumkan oleh kerajaan seamsa pembentangan pengubahsuaian bajet pada 28 Januari 2016 di mana pelancong warga China dikecualikan daripada keperluan visa mulai 1 Mac 2016 sehingga 31 Disember 2016 tertakluk kepada syarat tertentu, bagi tempoh lawatan tidak melebihi 15 hari.

“Ianya kemudian diperluas kepada pencong warga India pada 1 April 2017 dengan pelanjutan dilaksanakan secara tahunan mengikut keperluan,” katanya kenyetaan itu.

Semalam, tular di media sosial satu warta kerajaan bertarikh 23 Disember 2019 mengenai pengecualaan visa kepada penalancong dari China berkuatkuasa 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Berikutan penularan warta itu, terdapat beberapa pihak yang cuba mengaitkan kemudahan pengecualian visa itu dengan isu pelancong China yang tinggal melebihi tempoh masa di negara ini.

Menurutnya, kemasukan tanpa visa melalui eNTRI adalah satu penambahbaikan ke atas mekanisme secara Visa On Arrival (VOA) yang mana elemen keselamatan menjadi sebahagian daripada proses eNTRI dan dikawal sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Tambah KDN, kebenaran masuk pelancong mash tertakluk kepada peraturan, prosedur dan kawalan imigresen sedia ada di pintu masuk yang mana Notis Penolakan Masuk boleh dikeluarkan sekiranya pelancong tersenarai dalam senarai hitam atau senarai syak JIM atau tergolong dalam kategori imigran larangan.

“Walaupun kerajaan telah memberikan kemudahan pengecualian visa kepada pelancong warga China dan India, namun pelancong dari kedua-dua negara berkenaan perlu melengkapkan pendaftaran maklumat melalui sistem eNTRI yang akan membuat pemantauan dan verifikasi ke atas pelancong yang menggunakan kemudahan tanpa visa.

“Selain itu, pelancong juga dikenakan syarat supaya permohonan semula melalui eNTRI hanya boleh dilaksanakan selepas 45 hari dari tarikh pelancong tersebut keluar dari Malaysia,” ujarnya.

Katanya, tempoh 45 hari tersebut dikenali sebagai cooling of period yang merupakan salah satu elemen kawalan bagi mengelak penyalahgunaan kemudahan tersebut. – MalaysiaGazette

Pelancong China dikecualikan visa mulai 1 Januari