Menteri Wilayah Persektuan, Khalid Abdul Samad diirigi Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar menunjukkan buku laporan pada sidang media mengenai pencapaian Kementerian Luar Negeri bagi tahun 2019 di Kementerian Wilayah Persekutuan, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 30 DISEMBER 2019

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad menolak dakwaan bahawa pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menyebabkan berlakunya dominasi satu kaum tertentu sahaja.

Beliau berkata, perkara itu dapat dielak dengan mewujudkan keseimbangan keanggotaan menerusi ahli majlis lantikan dan yang dipilih secara seimbang.

Paling mustahak tambah beliau ada wakil yang akan bersuara untuk rakyat dalam kalangan ahli majlis itu kelak.

“Kita boleh tangani masalah itu (kawasan didominasi satu kaum) dengan memastikan sebahagian dipilih sebahagian lagi dilantik Kalau kita ambil contoh di Shah Alam, Ahli Majlis ada 24 orang. Kita boleh buat 12 dipilih, 12 dilantik.

“Yang penting kita mahu suara rakyat diambil berat. Maknanya orang yang duduk dalam majlis yang tentukan dasar-dasar itu adalah orang yang mewakili rakyat bukan pegawai kerajaan yang dilantik begitu sahaja.

“Bukan nak kata pegawai kerajaan tak bagus tapi tak ada suara rakyat,” katanya ketika ditanya tentang cadangan pilihan raya PBT yang mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas membentangkan Prestasi Kementerian Wilayah Persekutuan 2019.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas isu tersebut baru-baru ini berkata, pilihan raya kerajaan tempatan tidak akan dilakukan kerana ia boleh mengundang konflik di antara kaum dan melebarkan jurang bandar serta luar bandar.

Baca: Pilihan raya kerajaan tempatan tidak akan dilaksanakan

Sementara itu menyentuh mengenai pelan pembangunan Kampung Baru, katanya, beliau menjangkakan menerima maklum balas penduduk dan pemilik tanah pada pertengahan 2020 sebelum membuat langkah selanjutnya.

“Kita tidak nafikan ia merupakan satu masalah yang perlu diatasi. Saya hanya mampu memberi komen lebih tepat pada pertengahan 2020 apabila semua maklum balas, usaha memujuk dan meyakinkan semua pihak untuk bersama dengan pembangunan itu dapat dilaksanakan.

“Kalau kita dapat bangunkan Kampung g Baru memang ia kejayaan yang boleh kita banggakan,” katanya.

Oleh kerana pengambilalihan Kampung Baru masih belum selesai maka kata Khalid ia belum boleh dimasukkan dalam salah satu kejayaan utama kementerian itu.

Untuk rekod, pada November lalu, 50 peratus atau lebih 2,000 pemilik tanah Kampung Baru telah mengisi dan menghantar borang maklum balas pelan pembangunan kawasan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Menteri Wilayah Persekutuan itu menganggap transformasi dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) antara kejayaan besar tahun ini khususnya melibatkan ahli Parlimen dalam proses membuat keputusan menerusi pembentukan Majlis Menteri dan Ahli Parlimen sebagai anggota Jawatankuasa Kecil.

Selain itu katanya Kementerian Wilayah dan Persekutuan berjaya meningkatkan ketelusan dengan memastikan tidak ada tanah dijual di bawah atau melebihi harga pasaran. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. 12 lantikan tu siapa yg lantik? Ko ke? Yakin ke tak ada lantikan politik? Dalam NAFAS pun penuh lantikan politik. Tu belum tengok institusi lain. Suara rakyat? Orang yg dilantik oleh rakyat atau siapa? Di kota2 besar yg dikuasai cina, kemungkinan lantikan dan yg terpilih adalah dari kaum cina juga. Jadilah arak dan pub disko berleluasa. Penjualan daging babi di premis perniagaan pun boleh dilakukan secara terang2an. Tergolek2 depan kedai

Comments are closed.