Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Menyedari keadaan semasa yang agak sukar buat kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah menerajui negara hampir lebih 19 bulan, keyakinan rakyat perlu ditangani segera sebelum ianya pudar.

Justeru, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menggariskan beberapa faktor termasuk memberi penekanan terhadap janji manifesto yang telah dibuat oleh PH sebelum menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Katanya, dalam era cukup mencabar serta harapan tinggi menggunung oleh rakyat terhadap kerajaan ketika ini, seharusnya PH perlu bekerja dengan lebih keras lagi pada masa depan.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan itu yakin kebimbangan keadaan ekonomi negara mungkin akan berkurang kerana sudah ada peningkatan berdikit-dikit penarafan kredit oleh agensi antarabangsa selain peningkatan pelaburan asing.

“DAP dan PH perlu banyak membuka mata serta telinga, mendengar apa yang hendak di sampaikan oleh rakyat kepada kita. Apa sahaja reformasi serta perubahan yang kita canangkan sebelum juga perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.

“Tetapi dalam keadaan politik semasa, sememangnya ada kebimbangan di sini. Ada rasa tidak yakin.

“Oleh yang demikian, kerajaan PH perlu bertindak menghapuskan keraguan dan rasa tidak yakin ini dengan menunaikan segala janji manifesto yang kini dituntut oleh rakyat.

“Juga berkaitan peralihan kuasa yang sepatutnya berjalan dengan lancar antara (Perdana Menteri)  Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas persidangan Kemuncak APEC pada November 2020 nanti,” katanya dalam mesej Tahun Baru 2020 hari ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan memberitahu, keadaan negara akan menjadi lebih baik pada tahun 2020 jika hendak dibandingkan tahun ini.

Selain itu, Guan Eng juga menyeru agar perpecahan kaum serta permusuhan agama akan dapat diselesaikan lebih-lebih terdapat pihak mempromosi serta bertindak ekstremis perkauman ketika ini.

“Kita perlu berhati-hati dengan segelintir pihak yang begitu tamak kuasa dan akan melakukan apa sahaja terutamanya kumpulan yang terpalit dengan penyewelengan serta rasuah sebelum ini.

“Kumpulan ini sebenarnya mempergunakan isu kaum dengan memainkan sentimen antara Islam dan bukan Islam di negara ini bagi kepentingan peribadi. Mereka menggunakan formula yang mampu menghancurkan negara ini.

“Seperti isu sekolah vernkular, boikot barangan bukan Muslim, cuba bantah yang bukan Melayu daripada menjadi Menteri Kabinet, mengeluarkan pelbagai fitnah berbaur agama serta kaum bagi membuat rakyat terus benci. Ini yang kita harus perangi serta berhati-hati,” tegasnya. –MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Janji kepala hotak kau lim guan end orang benci dgn pakatan hancing sebab dap punca segala masalah.main isu perkauman.usik hak orang2 melayu.kacau agama orang melayu.apa semua nie sudah jelas dap parti tamak haloba.orang2 melayu akan tamat kan politik pakatan hancing.menteri2 yg timbul controlversi kekacauan menteri perpaduan.menteri sumber manusia.menteri p.pinang.ini semua celaka tau baling batu sorok tangan tuduh orang lain.menteri burung kakak tua hanya pandai bercakap tapi tidak faham apa yg dia cakapkan.

    • Jangan kacau orang2 melayu kesan dan akibat nya tangung sendiri nanti.kalau takut di lambung ombak jangan bermain di tepi pantai.kalau kail panjang senjengkal jangan tgh lautan dalam hendak di teroka.lim kit siang bapak perpecahan 13mei mencetuskan kekecohan.knp masjid di pulau pinang ada sekatan?untuk orang beribadah solat.dong zong kami tetap mahu di hapuskan.relakah darah membasahi bumi

  2. Sunan kali jaga.jgn lupa sunan Bonang pernah menjadi guru kalijaga, dan sunang Bonang selalu berpesan supaya bersabar dalam menyampaikan dakwah, jadi saya harap jgn terlalu emosi ye..tetapi klu mrk terlalu kurang sgt tak slh kt ajar, setakat sikh siti jenar dah hancur lebur mereka.

Comments are closed.