Gambar hiasan

BUCHAREST – Seorang pesakit kanser pankreas meninggal dunia akibat terbakar semasa sedang menjalani pembedahan di Romania.

Sebelum prosedur pembedahan tersebut, pakar bedah di Hospital Floreasca di Bucharest menggunakan ubat pembasmi kuman berasaskan alkohol ke atas wanita berusia 66 tahun.

Tetapi apabila mereka menggunakan pisau elektrik semasa proses pembedahan, pisau yang terkena dengan alkohol itu telah mengeluarkan api dan menyebabkan badan wanita itu terbakar di meja pembedahan.

Mangsa melecur 40 peratus pada tubuhnya dan meninggal dunia di hospital seminggu kemudian.

Polis telah membuka siasatan berhubung kes kematian tersebut.

Keluarga mangsa memaklumkan kepada media yang mreka tidak dimaklumkan tentang ‘situasi graviti’ sebaliknya mendakwa ia merupakan satu kemalangan.

“Kami hanya tahu kejadian itu secara terperinci melalui stesen televisyen. Kami tidak mahu menuduh tetapi kami hanya mahu tahu apa yang telah berlaku,” kata mereka.

Menteri Kesihatan, Victoe Coastache berjanji akan menyiasat insiden berkenaan.

“Kita berharap perkara itu dijadikan pengajaran. Saya dan Kementerian Kesihatan akan menyiasat untuk mencari kebenarannya,” ujar beliau. – MalaysiaGazette