TERKINI : Siti Hasmah Kena Ingatkan Suaminya Serah Jawatan PM Kepada Anwar – Saari Sungib

GOMBAK – Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali sering diberi pesanan agar sentiasa mengingatkan suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak lupa dengan janji untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu didedahkan bekas Pengerusi Otai Reformis 1998, Saari Sungib apabila memberitahu, beliau selalu menasihati Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar membisikkan perkara itu kepada isteri Pengerusi Pakatan Harapan itu untuk disampaikan kepada suaminya.

Katanya, Dr Mahathir perlu diingatkan tentang perkara itu yang telah menjadi janji olehnya kepada Wan Azizah yang sebelum ini merupakan Presiden PKR. “Insyaallah doa saya akan menjadi kenyataan (Anwar dilantik menjadi perdana menteri) kerana Tun M berada di situ pun dengan keputusan daripada pimpinan.

“Dia kena setia pada janji kepada Wan Azizah, walaupun pada awalnya Wan Azizahlah yang patut jadi perdana menteri kerana dia presiden PKR sebelum ini.