Ketua Info Pemuda Pas, Khairul Nadzir berucap pada Himpunan Bangkit Pertahankan Jawi di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 01 JANUARI 2020

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng disaran agar jangan sibuk untuk campur tangan isu pengajaran tulisan Jawi yang mendapat bantahan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Sebaliknya, Menteri Kewangan itu diminta agar memfokuskan kepada pemulihan ekonomi negara yang dijangka semakin merudum pada tahun ini, demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Malaysia, Khairul Nadzir.

Beliau turut mempersoalkan sikap Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, P. Waytha Moorthy yang dilihat memnbisu dalam hal berkenaan hingga mengganggu perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Hari ini mereka nak pusing menyerang Menteri Pendidikan daripada PPBM, Dr Maszlee Malik. Bukan sebab apa hanya mahu mengaut keuntungan politik semata-mata.

“Dan inilah apa yang kami sedar dari dulu, inilah bahayanya DAP menggunakan apa sahaja untuk memastikan mereka terus bertapak di bumi Malaysia,” katanya ketika berucap pada Himpunan Aman Bangkit Pertahan Jawi:Haramkan Dong Zong di sini hari ini.

Beliau mendakwa, DAP cuba mencucuk dengan menggunakan isu tulisan Jawi dan kesedaran itu perlu diketahui oleh semua pihak.

Katanya, Dong Zong dijadikan alat politik oleh DAP ekoran ketakutan parti itu selepas melihat kebangkitan rakyat menerusi kemenangan besar pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai November lepas.

Keberanian Dong Zong membuat serangan melalui tulisan Jawi adalah kerana mereka merasakan dilindungi oleh DAP.

“Saya beri amaran kepada Dong Zong jangan kamu diperalatkan oleh orang politik sehingga mencetuskan sesuatu yang tidak diingini dengan tindakan bodoh mereka,” ujarnya- MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Adalah tidak benar dan tidak adil menuduh DAP melindungi Dong Zong..DAP perlu menyaman puak PAS yg gemar membuat fitnah.

  2. Adalah lagi durjana dan celaka apabila ada orang2 melayu mempertahankan dap dong zong.tunggu laknat allah dtg menjemput kamu.adalah juga celaka juga ada orang cina guna nama orang melayu di media sosial

Comments are closed.