Carlos Ghosn. foto AP

BEIRUT – Lubnan menerima notis merah daripada Interpol bagi penahanan bekas Pengerusi Nissan, Carlos Ghosn.

Permohonan itu diterima oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Lubnan tetapi belum dirujuk kepada badan kehakiman.

Ghosn sedang berdepan dengan perbicaraan di Jepun kerana penyelewengan kewangan telah tiba di Beirut pada Tahun Baru.

Beliau yang menaiki pesawat persendirian yang mendarat di Istanbul. Turki kini memulakan siasatan.

Media Turki melaporkan seramai tujuh orang ditahan berhubung kes ini termasuk empat juruterbang, pengurus syarikat kargo dan dua pekerja lapangan terbang.

Ghosn dikatakan telah tiba di Lapangan Terbang Ataturk pada jam 5.30 pagi pada hari Isnin dari Lapangan Terbang Kansai, Osaka.

Laman berita Hurriyet memetik Menteri Dalam Negeri sebagai berkata, polis sempadan Turki tidak dimaklumkan bahawa Ghosn berada dalam pesawat dan beliau tidak didaftarkan memasuki atau keluar dari negara tersebut.

Notis merah Interpol Interpol bermaksud permintaan kepada polis di seluruh dunia untuk menangkap seseorang yang menunggu ekstradisi, serah terima atau tindakan undang-undang lain yang serupa.

Walau bagaimanapun, Lubnan tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Jepun.

Ghosn adalah seorang usahawan yang memiliki kewarganegaraan Perancis, Lubnan dan Brazil dan telah membuat pelaburan yang luas dalam perbankan dan hartanah di Lubnan.

Perancis mengatakan negara itu tidak akan mengekstradisi Ghosn jika dia tiba di negara itu.

Ghosn telah dijamin sebanyak 1 bilion yen (AS$8.9 juta) di Jepun pada akhir April lalu menjelang perbicaraannya.

Dalam satu kenyataan, Ghosn berkata, dia bertindak melarikan diri daripada ketidakadilan dan pendakwaan politik.

Malah, beliau menafikan bahawa isterinya memainkan peranan rancangan membawa dia keluar dari Tokyo.

Sementara itu, dua peguam Lebanon membuat aduan jenayah terhadap Ghosn untuk melawat Israel pada Januari 2008, demikian menurut National News Agency.

Mereka mendakwa Ghosn telah menentang pengharaman ke atas warga negara memasuki Israel, yang mana Lubnan masih secara teknikal berperang.

Kini bergantung kepada pejabat pendakwa raya Lubnan untuk memutuskan sama ada untuk bertindak terhadap aduan yang dibuat.- MalaysiaGazette