Ketegangan di Baghdad semakin memuncak.

ISTANBUL – Syarikat penerbangan Jordan dan Bahrain pada Sabtu mengumumkan langkah penggantungan penerbangan ke Baghdad sehingga notis selanjutnya susulan ketegangan yang semakin memuncak di bandar raya Iraq itu, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Royal Jordanian berkata keputusan itu adalah disebabkan situasi keselamatan yang tidak stabil di bandar raya itu namun penerbangan ke Basra, Erbil, Najaf dan Sulaymaniyah akan diteruskan seperti biasa.

Syarikat Gulf Air dari Bahrain turut menggantung penerbangan ke Baghdad dan Najaf.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas serangan udara Amerika Syarikat berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad menyebabkan komander tertinggi tentera elit Iran Qasem Soleimani dan naib presiden kumpulan Hashed al-Shaabi, Abu Mahdi al-Muhandis, terbunuh.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast