Ronnie Liu

KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP, Ronnie Liu mengingatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya tidak bongkak sehingga membelakangkan suara-suara lain dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) bagi menentukan pengganti Dr Mazlee Malik.

Katanya, pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri untuk kali kedua berjalan lancar walaupun hakikatnya Bersatu hanya menang 13 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Ini kerana pemimpin-tertinggi gabungan Pakatan Harapan yang lain kesemuanya gentlemen.

“Mereka menghormati persetujuan yang telah dicapai beberapa minggu sebelum berlangsung pilihan raya umum yang lalu,” katanya.

Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek dalam hantaran di laman Facebook berkata, pelantikan Menteri Pendidikan bagi menggantikan Maszlee yang meletakkan jawatan 2 Januari lalu merupakan perkara yang sangat penting.

“Hakikatnya, PH sudah tidak boleh melalui satu lagi kesilapan.

“Adalah lebih baik untuk Perdana Menteri cuba menerima cadangan yang dilontarkan oleh pimpinan tertinggi komponen setiap parti supaya satu pelantikan bijak serta tepat dapat dilaksanakan kali ini,” katanya lagi.

Pengganti Maszlee: Lebih baik bincang dalam mesyuarat PH, kata Guan Eng

Semalam, Ketua Penerangan Bersatu merangkap Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Radzi Jidin berkata, Perkara 43 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan, atas nasihat perdana menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik menteri dalam kalangan mana-mana ahli satu majlis parlimen.

“Ini juga bermakna bukanlah menjadi keperluan untuk perdana menteri berbincang pelantikan seorang menteri dalam mana-mana mesyuarat khusus melainkan beliau sendiri berpandangan sedemikian.

“Dalam konteks pelantikan menteri pendidikan yang baharu,  di mana penyandang sebelum ini adalah daripada parti BERSATU tidak wujud keperluan bagi PH untuk bermesyuarat bagi memilih seorang pengganti daripada parti Bersatu,” ujarnya.

Kenyataan Radzi itu dipercayai reaksi kepada harapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya pelantikan menteri pendidikan yang baharu dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan.

Pendapat Guan Eng itu bagaimanapun disanggah beberapa pihak yang rata-rata menyifatkan terpulang kepada perdana menteri untuk menentukan pengganti Maszlee.

Baca: Maszlee lepas jawatan Menteri Pendidikan

Dalam pada itu, Ronnie juga mendedahkan bagaimana sekurang-kurangnya 61 peratus penyokong tidak begitu gembira dengan pentadbiran pada masa ini dan sesuatu perlu dilakukan.

“Jadi, dalam isu seperti ini, perbincangan membawa kebaikan apatah lagi ianya akan memberikan semangat kepada semua (komponen PH) untuk terus bersatu hati serta semangat berpasukan yang ketika ini lemah.

“Sebanyak 61 peratus daripada penyokong tidak begitu gembira dengan kerajaan pada masa ini,” tegasnya. – MalaysiaGazette

Budi bicara PM lantik menteri, tidak perlu mesyuarat pilih pengganti dari Bersatu

12 Komen

  1. Sbb rakyat tak gembira kerana puak2 anjing dap ada dlm krjaan..ko ingat tu puak2 anjing dap rakyat benci krana dap ko lh anjing…ingat tu..rakyat suka shja kpd mahathir, tapi di sbbkn puak2 anjing dap lh rakyat sudah mkin tak suka…dan jelak..

    • Betul.. Depa dh keras kpala,depa lupa mlayu majoriti bsr penduduk mlysia. Jgn jdi sepenggal. Nnti mnyesal

  2. Maka bergaduh la parti2 dlm PH… Cina sepet sebanar nya nak anggota parti dia jd menteri pendidikan supaya senang UEC di benarkan.. Dan jd parti paling ramai menteri baru boleh bersuara kuat.. X paham2 lg ke wahai melayu2 PH

  3. Kami tak benci pakatan harapan tapi kami benci ada kudis buta dalam pakatan harapan yg akan mersokan kan semua parti dan terjun longkang parti dap adalah kudis dan nanah pada majority orang melayu mereka patut di buang.siap nak arahkan pm malaysia

  4. Anjing komunis nie banyak menyalak pulak,nanti kasi tutup di punya mulut.ronnie liu nie dah mcm power sgt dalam malaysia nie.tun m pm malaysia malaysia dia nak lantik siapa pun itu hak dia.kasi buang lah ronnie liu ni me kerakyatan dia sebab dia semakin hari semakin biadap

  5. Penyokong kuat pkm ni sendiri yg Bongkak sebenarnya…jangan lupa tu…dlm ph ada mcm2…adik pupu dia satu lagi…Ltte. itulah kebanggaan produk ph..

  6. Bila pasal perlantikkan Menteri Pelajaran, sibuk DAP minta bawa berbincang tetapi atas kes jawi, Dr Mazlee dan Ltte tak nak pula bawa berbincang.
    Terus2 babgkang dan sanggah.
    Mmg DAP parti Pembangkang, dah jadi Kerajaan pun membangkang shj. Tetapi bila ada kepentingan mesti berbincang sampai DAP menang.

  7. Siapa yg bongkak, dap @ bersatu, yg nampak sekarang ni dap amat bongkak, jika tk janji tun dilantik jd pm kiranya ph menang, belum tentu menoriti rakyat akan sokong ph- dap

  8. yang betul betul bongkak ialah cina Roni. bukan orang lain. dia tak sedar diri dia kedudokan dimana. ingat dia kaya boleh buat sesuka hati dia ke. haramjadah punya bangsa kafir laanatullah. dah dibagi kerakyataan besar kepala sombong bongkak pulak. puiiii

  9. ph dah janji perubahan menyeluruh. maknanya sebarang perlantikan bukan lagi ditangan pm macam zaman umno dahulu. banyak keburukannya kalau ikut cara lama. bukti dah ada didepan mata. tak kan masih tak nampak lagi.

Comments are closed.