Mayat Qassem dalam keranda yang ditutup dengan bendera Iran dibawa pulang ke Iran menggunakan pesawat tentera dengan penuh hormat.

DUBAI – Jenazah Komander kanan Iran, Qassem Soleimani yang telah terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat di Baghdad, Iraq telah dibawa pulang ke Iran pada Ahad hari ini,lapor agensi berita Iran IRIB News.

Jasad Qassem telah diterbangkan ke bandar Ahvaz di Tenggara Iran.

IRIB News telah memuat naik klip video keranda mayat Qassem yang disaluti dengan bendera Iran diterbangkan dengan pesawat dengan pancaragam tentera dimainkan sebagai istiadat penghormatan akhir.

Ribuan orang ramai yang hadir ke majlis itu dengan berpakaian hitam berarak sepanjang Ahvaz, dan ia disiarkan secara langsung oleh stesen TV itu.

puluhan ribu rakyat berarak di bandar utama Iran sebagai tanda perkabungan ekoran kematian Qassem setelah mayatnya dibawa pulang ke negara asalnya itu hari ini.

Qassem dibunuh pada Jumaat lalu dalam serangan udara yang dilancarkan oleh dron tentera Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Baghdad.

Ramai warga Iran telah berarak di atas jalan beramai-ramai untuk menunjukkan tanda perkabungan atas kematian Qassem.

Qassem merupakan pemimpin kedua paling berkuasa di Iran selepas pemimpin Ayatollah Ali Khamenei.

Kematian itu menjangkakan pemimpin lain yang tidak puas hati dengan pemergian Qassem akan memaksa Iran melancarkan peperangan ke atas kuasa besar dunia itu.

Semalam, Presiden Donald Trump memberi amaran untuk menyerang 52 kawasan di Iran sekiranya negara Timur Tengah itu menyerang warg Amerika dan juga ase-asetnya.

Khamenei menjanjikan balas dendam ke atas Amerika dan mengisytiharkan perkabungan selama tiga hari di negara itu.

Mayat seorang lagi pemimpin tentera Iraq Abu Mahdi al-Muhandis yang turut diserang dan terbunuh bersama Qassem turut dibawa pulang ke Ahvaz untuk upacara pengkebumian.

Puluhan ribu orang berarak di Iraq pada Sabtu semalam untuk perkabungan Soleimani Muhandis sambil bersorak “Kematian untuk Amerika”.-MalaysiaGazette