SINGAPURA – Harga minyak meningkat dalam dagangan hari ini, dengan Brent hampir kepada AS$70 setong ketika ketegangan di Timur Tengah mengundang kebimbangan terhadap gangguan bekalan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat kepada AS$69.95 setong dan pada AS$69.65 setong pada 0016 GMT, naik AS$1.05, atau 1.5%, daripada harga penutup Jumaat lalu.

Minyak mentah West Texas Intermediate Amerika Syarikat berada pada harga AS$ 63.86 setong, meningkat AS$0.81 atau 1.3%, selepas menyentuh paras tinggi antara hari sebanyak AS$ 64.27.

Harga minyak melonjak lebih daripada 3% pada hari Jumaat selepas Amerika Syarikat membunuh tentera tertinggi Iran di lapangan terbang Baghdad.

“Pembunuhan Jeneral Iran, Qassem Soleimani akan mencetuskan kitaran panjang peningkatan serantau dengan risiko yang ketara terhadap aset-aset Amerika Syarikat dan infrastruktur tenaga Timur Tengah yang tidak dapat dipisahkan dengan perang.

“Tetapi risiko konflik terhad adalah nyata, termasuk serangan Iran yang besar terhadap sasaran tenaga Teluk dan pertempuran tentera laut antara Amerika Syarikat dan Iran,” kata penganalisis Eurasia Group, Ayham Kamel dalam satu nota penyelidikan

Timur Tengah menyumbang hampir separuh daripada pengeluaran minyak dunia, sementara Iraq adalah pengeluar kedua terbesar dalam antara Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC). – MalaysiaGazette