Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengancam untuk mengenakan sekatan lebih teruk susulan tindakan Parlimen Iraq yang mahu tentera Amerika Syarikat keluar dari negara tersebut.

“Kami mempunyai pangkalan udara yang sangat mahal, yang ada di sana, yang dibiayai berbilion dolar, kami tidak akan keluar kecuali jika mereka membayar kami kembali,” katanya kepada pemberita.

Bercakap di dalam pesawat presiden, Trump berkata, jika Iraq meminta pasukan tentera Amerika Syarikat untuk keluar secara tidak mesra, “kami akan mengenakan sekatan seperti mereka tidak pernah melihat sebelumnya”.

Sejumlah 5,000 askar AS berada di Iraq sebagai sebahagian daripada gabungan antarabangsa dalam menentang Kumpulan IS.

Ketegangan tinggi selepas tentera udara Amerika Syarikat membunuh ketua tentera Iran, Qasem Soleimani di Baghdad minggu lepas.

Iran telah bersumpah “membalas dendam yang teruk”.

Soleimani, 62, mengetuai operasi ketenteraan Iran di Timur Tengah, dan dianggap sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat.

Pengganti Soleimani – yang pernah dipimpin Soleimani berikrar untuk menghalau Amerika Syarikat dari Timur Tengah.

“Kami berjanji untuk meneruskan tindakan Soleimani dengan kekuatan yang sama … dan satu-satunya pampasan bagi kami adalah menghapus Amerika dari rantau ini,” kata radio negeri yang memetik Esmail Qaani sebagai berkata.

Serangan yang dilakukan ke atas Soleimani turut mengorbankan Abu Mahdi al-Muhandis, tokoh tentera utama Iraq yang memerintah Kumpulan Kataib Hezbollah yang disokong oleh Iran. – MalaysiaGazette