Solat jenazah itu dipimpin oleh pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Khamenei (tengah) yang turut dilihat mengalirkan air mata.

TEHRAN – Ribuan orang memenuhi jalan-jalan raya di bandar raya ini bagi bersama-sama melaksanakan solat jenazah Qassem Soleimani.

Soleimani meninggal dunia selepas diserang di Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq pada Jumaat lalu selepas tentera Amerika Syarikat (AS) mendapat persetujuan Presiden AS, Donald Trump.

Antara jalan raya yang dipenuhi dengan orang ramai yang menyertai solat jenazah Allahyarham Qassem Soleimani. foto Agensi

Solat jenazah itu dipimpin oleh pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Khamenei yang turut dilihat mengalirkan air mata.

Iran berikrar untuk membalas dendam atas kematian Soleimani dan telah menarik balik pematuhan Perjanjian Nuklear 2015.

Soleimani, 62, yang mengetuai operasi ketenteraan Iran di Timur Tengah telah disifatkan sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat.

Allahyarham adalah individu kedua paling berkuasa selepas Khamenei.

Televisyen Iram menunjukkan ribuan orang menyertai solat jenazah Soleimani yang diangkat sebagai wira negara. Mereka turut menangisi pemergian Soleimani.

Anak perempuannya Soleimani, Zeinab memberi amaran kepada Amerika Syarikat bahawa negara itu akan menghadapi ‘hari gelap’  selepas insiden tersebut.

Crazy Trump, jangan anda berfikir bahawa semuanya sudah berakhir dengan kematian ayah saya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast