(Ketiga dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail, Presiden Kumpulan AirAsia (Syarikat Penerbangan) Bo Lingam, Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook, Pengerusi Eksekutif AirAsia Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat yang diapit oleh krew kabin AirAsia Penerbangan khas AirAsia pada tambang rendah tetap untuk Tahun Baru Cina di AirAsia RedQ.

KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad menawarkan tambang rendah bagi penerbangan lewat malam antara Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak dari 21 hingga 31 Januari 2020 sempena Tahun Baru Cina.

Ia menawarkan harga tiket RM149 bagi tambang semua sehala dari Kuala Lumpur ke Sibu, Bintulu dan Miri serta dari Johor Bahru ke Sibu manakala dari Kuala Lumpur ke Sandakan dan Tawau dengan hanya RM169 bagi tambang termasuk semua sehala.

Selain penerbangan istimewa lewat malam pada tambang tetap rendah ke enam laluan di Sabah dan Sarawak, AirAsia juga menambah penerbangan ke 20 laluan popular di seluruh Malaysia dan ke Singapura.

Antaranya dari Kuala Lumpur ke Langkawi, Pulau Pinang, Sibu, Tawau dan Singapura, dari Alor Setar ke Johor Bahru, dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Tawau, dari Ipoh ke Johor Bahru dan Singapura, dari Johor Bahru ke Kuching, Miri, Sibu dan Tawau, dari Kuching ke Kuala Lumpur, Sibu dan Singapura serta dari Pulau Pinang ke Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, penerbangan istimewa lewat malam dengan 12,960 buah tempat duduk pada tambang tetap rendah ke bandar-bandar terpilih di Sabah dan Sarawak untuk sambutan perayaan yang akan datang, selain 65,826 buah tempat duduk tambahan untuk laluan popular di seluruh Malaysia dan Singapura.

“Sama ada para tetamu pulang untuk meraikan perayaan atau bercuti bersama keluarga, kami berharap penerbangan tambahan ini akan memeriahkan lagi perayaan mereka. Selamat Tahun Baru Cina kepada semua,” katanya dalam kenyataan di sini.

Malah, AirAsia menawarkan diskaun harga sehingga 88% ke seluruh destinasi seperti dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Langkawi, Kuantan, Danau Toba, Jakarta, Singapura, Surat Thani, Bangkok dan banyak lagi di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari 6 hingga 12 Januari 2020 untuk perjalanan antara 6 Januari dan 31 Ogos 2020.

Selain itu, dapatkan diskaun sebanyak 10% untuk bagasi daftar masuk semasa pra-tempahan untuk penerbangan di Malaysia.

Nikmati juga diskaun sebanyak 5% untuk hotel dengan kod promosi: DOUBLE2020, sehingga 50% untuk barangan bebas cukai di ourshop.com, hidangan perayaan daripada RM12 seperti hidangan ‘Prosperity’ AirAsia yang terbaru dan Tart Nanas serta pakej penerbangan + hotel (SNAP) 3 hari 2 malam yang menakjubkan daripada RM122. – MalaysiaGazette