KUALA LUMPUR – Suasana di NB Tower di Butterworth kelam-kabut apabila para penghuni di situ termasuk para penuntut sebuah universiti terpaksa mengosongkan bangunan akibat gegaran dipercayai berpunca daripada gempa bumi di utara Sumatera kira-kira jam 2.05 petang tadi.

Seorang pembaca MalaysiaGazette yang sedang menduduki peperiksaan di situ berkata, suasana tiba-tiba berbeza dan dia terasa seperti hendak pitam akibat gegaran itu.

“Saya ingat sebab saya tak cukup tidur sebab rasa macam nak pitam,” katanya ketika menghubungi MalaysiaGazette.

Penuntut yang enggan dikenali itu menyifatkan pengalaman tersebut sebagai agak menakutkan sehingga dia hampir mengeluarkan air mata.

“Peperiksaan juga terpaksa ditangguhkan,” katanya.

Pasukan Bomba dan Penyelamat kini sedang membuat pemeriksaan keselamatan. –

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi kuat pada skala Richter 6.3 telah berlaku di utara Sumatera, Indonesia Gegaran dirasai sekitar Pulau Pinang, bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. itu baru di Butterworth. sedikit masa lagi awas diPutera Jaya pulak kena gegaran gempa disebabkan PH dan Islam tak bersatu

Comments are closed.