Shamsher Singh Thind

KUALA LUMPUR – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pesuruhanjayanya, Latheefa Koya menyiarkan rakaman perbualan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya kepada umum tanpa melakukan apa-apa verifikasi sama ada suara itu milik Najib, Rosmah dan lain-lain melanggari prinsip keadilan.

Malah pendedahan yang dibuat tanpa kehadiran Najib atau peguam-peguamnya juga melanggari prinsip keadilan.

Peguam, Shamsher Singh Thind berkata, adalah menjadi undang-undang asas dalam sistem pengadilan jenayah bahawa seseorang suspek atau tertuduh harus diberi perbicaraan yang adil (nemo iudex in causa sua) dan hak untuk bersuara (audi alteram partem).

“Kalau nak benci Najib, silakan, tetapi kedaulatan undang-undang negara harus dihormati,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.

Latheefa sebelum ini mendedahkan sembilan rakaman audio yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi melibatkan tujuh individu termasuk Datuk Seri Najib Razak dan isteri serta dua pemimpin daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah demi kepentingan umum.

Kata Pesuruhjaya SPRM itu, rakaman tersebut melibatkan perlakuan salah guna kuasa, pecah amanah, tindakan memalsukan dokumen, pendedahan maklumat sulit, ancaman keselamatan negara, konspirasi jenayah, justeru ia perlu didedahkan kepada media seterusnya rakyat tahu mengenainya.

Menurut Shamsher Singh, beliau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Latheefa telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 68 Akta SPRM 2009.

Katanya di bawah akta itu mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di bawah seksyen 69, kerana melanggari peruntukan di bawah seksyen 65(1).

Tambah beliau, menurut seksyen 65(1), jika apa-apa aduan yang dibuat oleh seseorang pegawai Suruhanjaya menyatakan bahawa aduan itu dibuat berbangkit daripada maklumat yang diterima oleh pegawai yang membuat aduan itu, [maka] maklumat yang disebut dalam aduan itu dan identiti orang yang daripadanya maklumat itu diterima hendaklah menjadi rahsia antara pegawai yang membuat aduan itu dengan orang yang memberikan maklumat itu.

Malah katanya, segala-gala yang terkandung dalam maklumat itu, identiti orang yang memberikan maklumat itu dan segala hal keadaan lain yang berhubungan dengan maklumat itu, termasuk tempat maklumat itu diberikan, tidak boleh didedahkan.

“Seksyen 65(1) tertakluk kepada dua pengecualian. Seksyen 65(2) membenarkan pendedahan maklumat yang boleh digunakan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding Mahkamah tetapi dengan syarat identiti pemberi maklumat itu tidak boleh didedahkan.

“Seksyen 65(3) pula membenarkan pendedahan maklumat serta identiti pemberi maklumat dalam mana-mana prosiding Mahkamah dalam mana pemberi maklumat itu didakwa kerana memberi maklumat palsu,” jelas beliau.

Shamsher Singh berkata, memandangkan kedua-dua pengecualian tidak terpakai dalam kes ini, maka “general rule”, iaitu maklumat yang diberikan kepada pegawai SPRM adalah rahsia, terpakai, oleh itu pendedahan tersebut adalah pecah rahsia. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Harap pm pecat org bodoh dlm sprm yu..sumbat dlm pjara pgarah bodoh tu..ingat ko bnci najid bkn btul2 dia bersalah pun..bula je tudung tu tak pyh pakai, klu hati busuk mcn ko tu..setakat lantik dia jadi pesuruhanjaya sprm, mkon hncur sprm..ko tggu je lh ..bn ambil alih blik krjaan ko tggu je..tidor lh ko dlm pjara, mereka2 yg slh guna kuasa ni…harap pm pecat org bodoh dlm sprm, bljar undang2 tapi bodoh bab undang2..

  2. Harap dato najib saman latifah koyak ni , biar malu alah dia , latifah ni seorg yg sangat besar egonya , berlagak mcm bagus sangat seorg ug bongksk dan besar diri .. puiii

    • Nak rakyat ikut undang2tp pihak pimpinan menjahanamkanya, perlu ke rakyat membuat undang 2 sendiri tanpa hiraukan pucuk pimpiinan, rakyat memilih pemimpin bknya utk melakukan kerja2 bodoh.

  3. Dia org mahathir lah…atas sebab itu tak ada siapa yg boleh jentik telinga dia..ada faham

Comments are closed.