Keadaan di lokasi pesawat Ukraine terhempas d Tehran yang mengorbankan 176 orang penumpang pada 8 Januari 2020. foto Agensi

TEHRAN – Pesawat Boeing 737 milik Ukraine International Airlines dengan lebih 170 orang penumpang dari tujuh negara terhempas di sini.

Bulan Sabit Merah berkata, sukar untuk menemui penumpang yang terselamat.

Semasa kejadian pesawat PS752 dalam penerbangan ke Kyiv, terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeni pada jam 6.12 pagi (02:42 GMT).

Kedutaan Ukraine di Tehran berkata, kegagalan enjin menjadi punca nahas dan ia tiada kaitan dengan pengganas.

“Menurut maklumat awal, pesawat itu terhempas akibat kegagalan enjin atas sebab-sebab teknikal. Pada masa ini, dakwaan serangan pengganas diketepikan,” kata kedutaan itu di laman web Kementerian Luar Negeri Ukraine.

Antara mangsa ialah 82 warga Iran, 63 Kanada, 11 Ukraine, 10 orang Sweden, empat orang Afghanistan dan masing-masing rakyat Britain dan Jerman,” kata Menteri Luar Negeri, Vadym Prystaiko.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky terpaksa memendekkan perjalanannya ke Oman dan terbang kembali ke Kyiv.

Beliau memberi amaran terhadap sebarang “spekulasi atau teori berhubung nahas” sehingga laporan rasmi selesai.

“Takziah saya kepada saudara-mara dan keluarga penumpang dan anak kapal,” katanya dalam satu kenyataan.

Setakat ini, 168 orang penumpang dan sembilan anak kapal telah didaftar untuk terbang dengan pesawat berkenaan.

Susulan kejadian itu, Ukraine International Airlines telah menggantung penerbangan ke Tehran pada satu tempoh yang tidak dijangkakan.

Ia memaklumkan kali terakhir pesawat itu diselenggarakan adalah pada Isnin lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast