Oleh Dr Ahmad Sanusi Azmi

TUJUH Menteri Kabinet dilaporkan turun ke sebuah sekolah di Puchong untuk memberikan sokongan terhadap pemasangan tanglung setelah perhiasan Tahun Baru Cina tersebut mendapat bantahan dari netizen.

Ketika netizen mempersoalkan pemasangan perhiasan berlebihan ini, tujuh orang Menteri Kabinet sanggup turun memberikan sokongan terhadap isu ini. Tanglung dikatakan membawa kepada perpaduan.

Apa yang menyedihkan, sokongan yang sama tidak kelihatan ketika 900 SJKC membantah pembelajaran yang melibatkan elemen Jawi di sekolah. Bahkan Jawi dikatakan menimbulkan unsur Islamisasi bahkan menakutkan kaum lain.

Pada pengamatan umum, orang Melayu sebenarnya tiada masalah pun dengan perhiasan tanglung ini. Namun apabila Jawi dibantah secara besar-besar oleh DAP, MCA mahupun Gerakan, isu ini semakin menimbulkan kegelisahan.

Perhatikan betapa konsistennya DAP dan MCA membantah isu Zakir Naik, sehingga Naib Canselor UNIMAP digesa untuk dipecat. Dalam isu ini, pemimpin Muslim seakan terkulai layu. Sokongan yang ditampilkan tidak seperti menjulang pemasangan Tanglung ini.

Perhatikan isu kematian Adib. Sokongan Rahmatan menjulang tangan erat padu bersama pemimpin kuil. Nyawa seorang Muslim yang terkorban itu sehingga kini menjadi persoalan buat keluarga yang menuntut keadilan.

Adakah ini konsep Rahmatan yang ingin dibawa? Menawarkan kelunakan yang tinggi dalam isu orang lain, namun dalam isu yang memburukkan Islam, kita seakan layu, diam seribu.

Semoga Allah membantu kita mempertahankan hak Islam dan Muslim.

— Dr Ahmad Sanusi Azmi ialah pensyarah kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM dan Felo Pelawat Oxford Centre for Islamic Studies

5 Komen

  1. Alat2 sembahyang yang biasa dilihat dirumah2 ibadat tidak seharusnya dibawa sehingga kesekolah!

    Kita tidak perlu pelbagai set alat2 sembahyang sebergini setiap tahun untuk meraikan raya depavali, thaipusam, tahun baru cina, raya singh, krismas atau apa2 perayaan yang lain? Cukuplah ianya dihias dirumah ibadat masing2 atau digedung2 persendirian. Bukan sama sekali ditempat2 awam, ianya tidak baik kepada penganut2 agama lain dan tidak pernah ditulis didalam perlembagaan!

  2. Di Tanah Melayu kita masih kekurangan sebuah lagi aliran sekolah yakni sekolah untuk kaum SINGH?

    Adakah kerajaan PH akan menubuhkan sebuah lagi aliran khas untuk kaum SINGH?

    Tidak pasti samada sekolah2 untuk kaum SINGH ini wujud atau tidak di India?

    Tanye je?

  3. Setiap agama sifatnya pelbagai kaum tetapi tidak untuk tahun baru cina? Ianya bersifat PERKAUMAN @RASIS khas untuk kaum tertentu sahaja dan sudah tentu tidak sesuai sama sekali untuk diraikan disini?

    Kita rakyat MALAYSIA tidak membentuk semangat PERKAUMAN @RASIS melampau!!!

  4. Enteti cap babi mmg mcn tu..klu menteri cap baik2 tak mcn tu…terutama mnteri agama yg pling bodoh kat dunia dn dlm sjarah…

Comments are closed.