Agensi keselamatan Malaysia, khususnya Polis Diraja Malaysia, memantau rapat situasi semasa selepas Jepun mengeluarkan amaran kepada warganya termasuk di Malaysia mengenai kemungkinan ancaman pengganas di Asia Tenggara.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dalam pesawat Ukraine International Airlines yang terhempas di Iran hari ini.

“Kementerian ingin merakamkan takziah dan simpati kepada anggota keluarga dan orang tersayang, serta negara asal penumpang dan anak kapal, yang terkorban dalam tragedi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dilaporkan pesawat Boeing 737 yang membawa 176 penumpang itu terhempas sejurus berlepas daripada Lapangan Terbang Imam Khomeini di Tehran.

Pesawat Ukraine itu dalam perjalanan ke Kiev ketika ia terhempas dengan serpihan dan bahagian enjin pesawat itu ditemukan kira-kira 10 kilometer dari lapangan terbang itu di barat Tehran, menurut laporan media.

— BERNAMA