Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Kabinet memutuskan Tun Dr Mahathir Mohamad memangku jawatan menteri pendidikan berkuat kuasa pada 3 Januari lalu.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Kabinet 8 Januari lalu berikutan peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan pada 2 Januari.

Baca: Maszlee lepas jawatan Menteri Pendidikan

Perdana Menteri akan memangku jawatan tersebut sehingga menteri pendidikan yang baharu dilantik.

Perkara itu diumumkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: 

Saya dilihat timbulkan banyak krisis – Maszlee

Surat perdana menteri nasihat Maszlee undur dari Kabinet didedah

TERKINI : “Bukan Semua Maszlee Buat Salah, Ada Juga Yang Betul” – Tun Dr. Mahathir Mohamad