Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) semasa Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-212 Tahun 2019 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 25 MAC 2019.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan selamat ulang tahun ke-45 kepada Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam perutusan ringkas di pejabatnya di Putrajaya, Dr Mahathir melahirkan rasa amat gembira kerana unit itu telah sampai ke usia 45 tahun sejak ditubuhkan 1 Januari 1975.

“Saya amat gembira kerana Unit Tindakan Khas sampai ke usia 45 tahun. Unit ini memang penting kerana ia adalah satu unit istimewa yang mempunyai kebolehan dan latihan tertentu.

“Kita harap unit ini selalunya akan ingat tentang tanggungjawab masing-masing dan sedar bahawa tindakan yang diambil tentulah terkawal dan mengikut undang-undang negara,” katanya yang dipetik menerusi akaun Twitternya hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast