Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Zaid Ibrahim hari ini dilantik sebagai Pengerusi protem DAP Kelantan

Menuruut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, beliau memutus untuk membantu DAP menerangkan kepada kaum Melayu yang didakwanya takut serta tidak percaya kepada parti itu bahawa DAP bukannya sebuah parti yang rasis, ekstremis atau anti Islam.

Zaid berkata, beliau percaya kaum Melayu adalah kaum yang berfikiran terbuka dan bersedia untuk mendengar.

“Merela tidak diberi gambaran yang adil tentang parti sejak sekian lama,” kata bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu. – MalaysiaGazette