Mesin rawatan Aqua Peel yang menggunakan kaedah lembut, tidak menyakiti kulit wajah malah dapat dilakukan secara santai dan rileks.

CYBERJAYA – Masalah jerawat, tompok gelap, jeragat dan ton kulit tidak sekata sering menjadi kebimbangan setiap orang dan bagi mengembalikan kecantikan kulit, pelbagai jenis produk penjagaan dicuba.

Realitinya, semakin meningkat usia, kulit wajah juga akan jadi berusia. Tanda penuaan atau sebarang masalah kulit lain akan mula menampakkan kesannya.

Malah beberapa faktor seperti gaya hidup dan pendedahan terlalu lama kepada cahaya matahari yang mengandungi sinaran ultra ungu (UV) juga mempercepatkan proses penuaan dan pigmentasi.

Bagaimanapun, masalah kulit boleh diatasi sekiranya setiap orang mengetahui keadaan sebenar kulit mereka dan mendapatkan rawatan serta penjagaan yang bersesuaian.
Kedutan, jerawat dan jeragat adalah masalah biasa dihadapi seiring peningkatan usia.

Menerusi inovasi dan kemajuan teknologi, kini terdapat rawatan pantas dan selamat yang boleh memberikan hasil dan berkesan dalam mengatasi masalah itu.

Di The Cyber Skyclinic, klinik tersebut antara terawal menawarkan rawatan Aqua Peel untuk membantu pelbagai masalah kulit.

Pengarah Perubatan The Cyber Skyclinic, Dr M Afiff Farhan.

Pengarah Perubatannya, Dr M Afiff Farhan berkata, Aqua peel merupakan rawatan yang boleh dilakukan untuk semua jenis kulit, termasuk kulit berjerawat.
.
“Rawatan ini semakin popular kerana kaedah yang digunakan sangat menyegarkan dan melembabkan dengan membersihkan kotoran-kotoran dari kulit seperti blackhead, whitehead, sel kulit mati

“Kebaikan Aqua Peel akan membuatkan kulit wajah terasa lebih segar, ringan kusam bertukar menjadi anjal selain kelihatan cerah berseri

“Bagi yang memiliki jerawat, ia mampu mengecutkan dan mengurangkan kesan jerawat. Ia adalah satu kaedah meremajakan kulit untuk mengembalikan penampilan kulit sihat dengan kesan sampingan yang minimum,” katanya.

Afiff yang merupakan lulusan perubatan, The Kursk State Medical University, Russia menambah, Aqua Peel yang menggunakan mesin adalah rawatan wajah yang lembut, tidak menyakiti malah dapat dilakukan secara santai dan rileks.

Sementara itu, The Cyber Skyclinic ini menawarkan pakej harga mampu milik untuk rawatan Aqua Peel serendah RM1,000 untuk empat sesi.

Klinik tersebut telah beroperasi sejak 2017 dan memiliki seramai tiga doktor pakar dalam bidang masing-masing.

The Cyber Skyclinic yang berkonsepkan kiliki gaya hidup itu turut menawarkan pelbagai perkhidmatan lain termasuk rawatan biasa dan ubatan, saringan ujian darah, khidmat fisoterapi serta rawatan tulang dan otot.

Ia dibuka pukul 8 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Sabtu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian atau Whatsapp: +60129822019 dan melayari Instagram: thecyberskyclinic – MalaysiaGazette