Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (dua kiri) bersalaman dengan orang ramai semasa hadir pada Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 11 JANUARI 2020

GOMBAK – Kira-kira 200 penyokong Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghadiri majlis kesyukuran dan doa selamat di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves malam ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan isteri, Datin Seri Shamsidar Taharin tiba di masjid kira-kira jam 7.15 malam diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diiringi Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bersalaman dengan orang ramai semasa hadir pada Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 11 JANUARI 2020.

Ahli Parlimen Gombak itu dikaitkan sebagai pelaku dalam video intim dengan bekas Ketua Pemuda PKR, Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama jemaah masjid menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Beliau yang memakai baju Melayu putih dan berkopiah kemudian menyertai imam masjid, kariah, penyokongnya dan turut dihadiri kira-kira 50 murid Sekolah Tahfiz Kampung Nakhoda, Batu Caves membaca surah Yasin.

Majlis kesyukuran dan doa selamat diadakan sebagai meraikan ‘kemenangan, Mohamed Azmin dari dakwaan fitnah besar yang menimpanya sebelum ini.

Beliau dikaitkan sebagai pasangan seks luar tabii dengan Haziq Abdullah di sebuah hotel di Sandakan tahun lalu.

Berikutan itu, Haziq Abdullah yang mengaku sebagai individu dalam video intim yang tersebar ke seluruh negara itu dipanggil oleh polis untuk siasatan.

Bagaimanapun, Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam kertas keputusannya baru-baru ini mendapati individu bersama Haziq Abdullah itu bukan Mohamed Azmin.

Hasil siasatan pelbagai pihak termasuk pakar forensik dari Amerika Syarikat juga mengesahkan individu itu tidak dapat dicam berikutan kualiti gambar tidak jelas. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Bukti video seks tular hanya mainan politik – Azmin