Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad beramah mesra bersama penderma darah ketika hadir pada Perasmian Kempen Derma Darah SK-STF 73 di Surau Al-Ikhlasiah, Keramat Jaya, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 11 JANUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad  mendokong inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)  yang mahu membina ruang khas merokok di tempat awam.

Namun Menteri Kesihatan itu berkata pelaksanaannya perlu mematuhi syarat jarak yang sebelum ini telah ditetapkan iaitu tiga meter dari premis makanan.

Meskipun sedar ada yang  menganggap keputusan KPKT itu seolah-olah memberi mesej menggalakkan merokok namun Dzulkefly menyifatkannya sebagai satu persepsi yang sukar ditangani.

“Iya, saya menyokong KPKT yang mahu membantu saya melaksanakan program saya sementara mematuhi larangan tiga meter dan 10 kaki jadi kita bekerjasama untuk pelbagai pendekatan.

“Saya tahu ada beberapa pandangan seolah-olah ruangan merokok ini menggalakkan perokok itu satu persepsi yang sukar ditangani tapi dalam masa yang sama di flip side anda lihat kebaikan terrhadap perkara ini apabila mereka yang mahu berhenti merokok tapi tidak dapat masuk program kami mereka ada tempat tapi patuhi itu syaratnya,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Kempen Derma Darah Sk STF 73 di Surau Al-Ikhlasiah  Keramat Jaya hari ini.

Meskipun kempen larangan merokok adalah usaha tunjangnya daripada kementerian di bawahnya namun ujar beliau lagi kewujudan  kementerian lain seperti KPKT memberikan inisiatif lain khususnya menyediakan kemudahan.

“Ya memang ada kementerian yang menjalankan tanggungjawab untuk kempen larangan merokok ini namun ada juga kementerian lain yang bersama-sama dengan kita untuk menyokong usaha ini.

“Memang betul KKM tidak ada keupayaan buat sampai ke peringkat itu (buat ruang khas merokok),  jadi sementara saya faham keperluan perokok saya pun bukan memusuhi perokok tetapi saya mahu memerhati peraturan larangan merokok dipatuhi  dengan ini saya kira ia membantu KKM untuk mempertingkatkan usaha mencapai udara bersih, bebas rokok di tempat-tempat awam,” tambah beliau.

KPKT pada 8 Januari lalu berkata akan membina ruang khas untuk merokok di tempat awam dengan peruntukan RM1 juta diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menyediakan kemudahan iu.

Namun Persatuan Pakar Perubahan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) dan 56 NGO lagi membantah keputusan KPKT yang dianggap memberi mesej yang salah kepada perokok.

Mereka juga beranggapan bahawa peruntukan untuk membina ruang khas bagi perokok di tempat awam itu sebagai membazir wang rakyat sementara sejumlah wang itu boleh digunakan untuk menganjurkan program membantu golongan perokok berhenti.-MalysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

KPKT membazir bina kawasan khas merokok