TERKINI : Isu Tanglung, Kita Dah Buat Sejak Merdeka – Tun Mahathir

LANGKAWI – Isu pemasangan tanglung di sebuah sekolah sempena perhiasan Tahun Baru Cina tidak ada kena mengena dengan perkauman.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak faham dengan larangan segelintir pihak untuk menggantung peralatan itu.

Sedangkan jelas beliau, budaya menggantung tanglung itu telah diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan.

“Saya tidak faham kenapa tidak boleh gantung tanglung yang dibuat sejak merdeka,” katanya.