TERKINI : Menteri Pendidikan, Saya Cuma Pegang Sementara Sahaja – Tun Mahathir

LANGKAWI – Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau akan memangku jawatan menteri pendidikan hanya buat sementara waktu sahaja.

Perdana Menteri berkata, jawatan itu akan dilepaskan sebaik sahaja beliau mendapat individu yang sesuai sebagai pengganti.

Beliau turut mengesahkan kebiasaannya jawatan menteri pendidikan itu adalah daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) “Saya secepat mungkin (sampai bila) selepas saya dapat seorang untuk ambil alih, saya akan lepaskan jawatan itu.

“Saya cuma pegang sementara sahaja Biasanya dari parti Bersatu,” katanya.