TERKINI : Sokong Atau Tidak, Tiada Beza Rakaman Audio Dengan Barang Rampasan Najib – Tun Mahathir

LANGKAWI – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan rakaman audio membabitkan Datuk Seri Najib Razak tidak ada beza dengan rampasan barang mewah bekas Perdana Menteri itu yang dipaparkan kepada umum sebelum ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, tidak penting sama ada beliau menyokong tindakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya.

Sebaliknya jelas beliau, ini kerana adakah pendedahan itu boleh dibuat atau tidak kerana rampasan barang Najib turut pernah dilakukan dengan cara yang sama.

“Dahulu masa kita mula buat rampasan, kita tunjuk semua barang Najib dan tidak ada beza pun. “Saya sokong atau tidak (SPRM) tidak penting.

Ia boleh dibuat atau tidak. “Dulu ada rampasan di Pavilion kita tunjuk kepada orang ramai dan tidak sembunyi,” katanya.