Abdul Azeez Abdul Rahim
Abdul Azeez Abd Rahim

KUALA LUMPUR – Pimpinan UMNO Baling membuat laporan polis terhadap pihak yang didakwa memfitnah Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Baling, Hafizul Idris berkata, pihaknya berbuat demikian semalam memandangkan ia satu fitnah.

“Individu yang bernama Putera Muhamad memakai akaun palsu dalam Facebook terus memfitnah ketua kami.

“Sudah dua tahun dia berbuat demikian dan kali ini kami membuat laporan polis dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas,” katanya.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Baling semalam membabitkan dakwaan Putera Muhammad termasuk beberapa artikel yang memburukkan Abdul Azeez dan pimpinan UMNO Baling.

Menurut Hafizul, fitnah terhadap Abdul Azeez yang juga Ketua Bahagian UMNO Baling itu perlu dihentikan.

Beliau juga mencabar individu bernama Putra Muhamad itu untuk tampil sekiranya berani dan berdepan dengan pihaknya membuat dakwaan dan bukan di alam maya sahaja.- MalaysiaGazette